Utusan Borneo (Sabah)

Nahas jalan raya meningkat setakat 11 hari Op Selamat 11/2017

-

SUNGAI PETANI: Jumlah kemalangan jalan raya di seluruh negara mencatatka­n peningkata­n sebanyak 1,620 kes atau 10 peratus iaitu 17,147 kes setakat 11 hari pelaksanaa­n Op Selamat 11/2017 yang bermula 18 Jun lepas berbanding 15,527 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman SAC Sharul Othman Mansor berkata bagaimanap­un jumlah kemalangan maut menurun sebanyak 36 kes atau 17 peratus pada 172 kes berbanding 208 kes tahun lalu.

“Jumlah kematian turut menurun sebanyak 48 kes atau 21 peratus iaitu 185 kes berbanding 233 kes bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya kepada pemberita semasa melawat petugas trafik memeriksa lalu lintas sempena Op Selamat 11/2017 dekat sini, kelmarin.

Sharul Othman berkata pertambaha­n kenderaan adalah antara faktor penyumbang kepada peningkata­n kes kemalangan itu dengan kira-kira 27 juta kenderaan berdaftar berada di atas jalan raya di seluruh negara setakat ini.

“Jalan yang kerap berlaku kemalangan sehingga mencatakan peningkata­n ini ialah di jalan persekutua­n. Dalam Op Selamat ini kita mendapati tempoh paling ketara kemalangan banyak berlaku ialah dua hari sebelum hari raya,” katanya.

Sharul Othman berkata motosikal merupakan kenderaan paling banyak terlibat kemalangan dengan penunggang dan pembonceng mencatatka­n jumlah kematian tertinggi iaitu 122 kes sepanjang 11 hari Op Selamat 11/2017.

“Namun jumlah itu mencatatka­n penurunan sebanyak 22 kes atau 15 peratus berbanding 144 kes bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia