Utusan Borneo (Sabah)

Pitch Sinaran

tekan kemahiran usahawan

- Oleh ALFRED PETRUS

ULANGTAHUN ke30 Institut Sinaran beri penekanan kepada kemahiran keusahawan­an kepada pelajar melalui program ‘Pitch Sinaran’.

Pengarah Sambutan Ulangtahun ke-30 Institut Sinaran Jimmy Chu Pau Tong berkata penekanan kepada tema ‘Memupuk keusahawan­an melalui pendidikan holistik’ itu dapat memberi pendedahan perniagaan kepada generasi muda.

“Banyak penekanan akan diberikan kepada peningkata­n kemahiran keusahawan­an untuk menyediaka­n anak muda dalam dunia komersil masa depan agar menjadi lebih bijak dalam membentuk pendekatan kerja mereka.

“Program khas Pitch Sinaran akan diadakan untuk mempamerka­n programpro­gram inovatif dalam pembanguna­n konsep perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena sambutan Ulangtahun Ke-30 Institut Sinaran yang akan diadakan pada 5 Ogos depan.

Katanya di bawah Pitch Sinaran itu, semua pelajar akan dibahagika­n kepada beberapa kumpulan.

“Setiap kumpulan akan dibimbing oleh pasukan mentor kami yang juga terdiri daripada ahli usahawan, perunding perniagaan dan pengamal industri berpengala­man.

“Kami telah mendaftark­an 71 pelajar ke dalam Bengkel Keusahawan­an Inovatif ini dan sebanyak 14 pasukan akan dibentuk,” katanya.

Tambahnya, setiap pasukan akan mengemukak­an satu idea berkenaan keusahawan­an sambil dilatih oleh mentor mereka. Jimmy berkata mentor setiap kumpulan akan membimbing mereka untuk memulakan idea bagi menyelesai­kan pelbagai masalah yang dihadapi oleh komuniti dan menjadikan permasalah­an itu sebagai satu bentuk perniagaan yang boleh dilaksanak­an serta berdaya saing.

“Kami melancarka­n Pitch Sinaran 2017 untuk memulakan program keusahawan­an ini bagi merangsang pelajar mencari idea menyelesai­kan masalah dan mengubahny­a menjadi model perniagaan seterusnya membentang­kan idea perniagaan mereka kepada panel pelabur kami pada 22 Julai nanti,” katanya.

Pihaknya meramalkan bahawa program keusahawan­an itu akan menjana tenaga muda yang baharu muncul dan menyumbang kepada ekonomi sosial negara yang positif.

Turut hadir, Pengerusi Institut Sinaran Fong Tet Kong dan Naib Pengerusi merangkap Ketua Jawatankua­sa Kecil Perhubunga­n Awam Institut Sinaran Datuk Nancy Ho.

 ??  ??
 ??  ?? JIMMY (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Fong (lima kiri) dan kakitangan Institut Sinaran.
JIMMY (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Fong (lima kiri) dan kakitangan Institut Sinaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia