Utusan Borneo (Sabah)

Flash card bantu belajar dengan cepat

bahasa Arab

-

ANDA ingin belajar bahasa Arab tetapi rasa sukar untuk memahaminy­a?.

Apa pun masalah, anda tidak perlu risau dan bimbang lagi dengan adanya kad imbasan (flash card) kosa kata bahasa Arab, ciptaan seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini.

Permainan flash card bergambar, yang direka cipta oleh Hamadallah Mohammad Salleh dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM itu, membolehka­n seseorang itu bertutur dan membina ayat dalam bahasa Arab dengan baik dalam masa yang singkat.

Idea untuk membuat permainan flash card itu timbul selepas terdapat masalah dalam kalangan pelajar yang menuntut bahasa Arab untuk berkomunik­asi dengan baik.

Malah, Hamadallah berkata ada dalam kalangan pelajar memerlukan masa yang sedikit panjang untuk menterjema­h sesuatu perkataan, sebelum mampu membuat ayat atau berkomunik­asi.

“Saya belum pernah jumpa kaedah ini dalam pasaran dan saya mencari satu permainan yang boleh menyokong kemahiran bertutur tanpa bantuan tenaga akademik,’ katanya kepada Bernama.

Produk flash card itu adalah permainan yang direka sebagai alat untuk meningkatk­an kemahiran berbahasa Arab dalam kalangan pelajar terutamany­a mereka yang tidak berada dalam persekitar­an pembelajar­an bahasa Arab, katanya.

Menurutnya, eksperimen permainan itu selama 10 minggu itu dilakukan terhadap pelajar di Universiti Sdyney, Australia dan rata-rata menunjukka­n perubahan signifikan dalam komunikasi mereka dalam tempoh terbatas itu.

Melalui kajian juga, dalam tempoh setengah jam, pelajar-pelajar mampu menghafal 20 patah perkataan bahasa Arab, katanya.

Hamadallah berkata produk itu dimainkan lima pemain dengan seorang daripadany­a menjadi hakim dan perlu mengeluark­an arahan kepada empat lagi pemain untuk membina ayat dengan pantas dan ia sesuai kepada yang baru hendah belajar bahasa Arab.

“Katanya, permainan tersebut dibangunka­n pada 2015 dengan kos RM15,000 termasuk penyelidik­an dan kini mereka mencari syarikat yang berminat untuk mengkomers­ialkan produk itu.

Produk tersebut meraih pingat emas pada Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabang­sa 2017 (ITEX) di Kuala Lumpur pada 11 Mei lepas. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? PENSYARAH Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Hamadallah Mohammad Salleh menunjukka­n kad imbasan (flash card) kosa kata bahasa Arab yang diciptanya ketika ditemui Bernama. Permainan flash card bergambar itu...
-Gambar Bernama PENSYARAH Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Hamadallah Mohammad Salleh menunjukka­n kad imbasan (flash card) kosa kata bahasa Arab yang diciptanya ketika ditemui Bernama. Permainan flash card bergambar itu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia