Utusan Borneo (Sabah)

Bersama raikan keharmonia­n Ewon kunjungi 50 Rumah Terbuka Aidilfitfi di Ranau

- DATUK DR EWON EBIN

RANAU: Setakat hari keempatsam­butanHariR­aya Aidilfitri 2017, Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin telah sempat mengunjung­i kira-kira 50 rumah saudara mara, sahabat handai dan masyarakat beragama Islam sekitar daerah ini.

Pada kunjungan itu, beliau diiringi oleh isteri Datin Danna Ontol, Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen, Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi, Setiausaha Kerja Parlimen Dallius Ubin serta Pemuda, Wanita dan Komulakan Upko dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Arthur, sebagai pemimpin daerah ini, Ewon menerima terlalu banyak jemputan daripada masyarakat beragama Islam untuk samasama meraikan hari yang mulia itu tetapi disebabkan masa yang tidak mengizinka­n, beliau terpaksa meminta maaf kepada mereka yang tidak sempat dikunjungi.

“Bagaimanap­un,kunjungan itu akan terus dibuat selama sebulan perayaan ini berjalan sama seperti Datuk Ewon menghadiri majlis berbuka puasa di beberapa surau dan rumah masyarakat Islam pada bulan Ramadan yang lalu,” katanya.

Selain jamuan makan dan minum, kunjungan rombongan Ewon ke rumahrumah itu turut disajikan dengan pelbagai acara seperti berkaraoke, penyampaia­n hadiah tiket bertuah kepada pengunjung, paluan gong dan sebagainya.

Hari Raya kedua adalah hari kunjungan beliau yang cukup bererti apabila beberapa rumah yang dikunjungi­nya membuat kejutan dengan mengadakan upacara memotong kek harijadi yang secara kebetulan tarikh 26 Jun 2017 merupakan harijadi beliau yang ke-63 tahun.

Ewon berkata perayaan sedemikian merupakan satu peluang terbaik mengunjung­i rakyat untuk beramah mesra bagi mengeratka­n silaturahi­m di samping menjamu selera kepada makanan yang beraneka jenis disediakan pemilik rumah.

“Amalan kunjung mengunjung­i di musim perayaan seperti Hari Raya, Krismas, Tahun Baharu Cina dan sebagainya sudah menjadi tradisi masyarakat negeri ini sejak dahulu lagi. Kita harus teruskan tradisi itu bagi mengekalka­n perpaduan dan keharmonia­n seluruh masyarakat negeri ini,” katanya.

Antara rumah terbuka yang dikunjungi oleh rombongan Ewon termasukla­h rumah bekas Adun Kundasang di era Berjaya Datuk Mynoor Ginggor, mantan Menteri Kerja Raya Malaysia Tan Sri Ghani Gilong, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah ACP Jauteh Dikon serta pegawai kerajaan, pemimpin setempat dan masyaraaka­t sekitar.

“Amalan

kunjung mengunjung­i di musim perayaan seperti Hari Raya, Krismas, Tahun Baharu Cina dan sebagainya sudah menjadi tradisi masyarakat negeri ini sejak dahulu lagi. Kita harus teruskan tradisi itu bagi mengekalka­n perpaduan dan keharmonia­n seluruh masyarakat negeri ini

 ??  ?? (gambar kiri) EWON dan Arthur (tengah) bergambar kenangan bersama rombongan dan pemilik salah sebuah rumah yang dikunjungi di Kg Dumpiring Kundasang.
(gambar kiri) EWON dan Arthur (tengah) bergambar kenangan bersama rombongan dan pemilik salah sebuah rumah yang dikunjungi di Kg Dumpiring Kundasang.
 ??  ?? EWON (kiri) disambut mesra oleh seorang pemimpin dan peniaga di Kundasang, Kaimin Hj Jalin.
EWON (kiri) disambut mesra oleh seorang pemimpin dan peniaga di Kundasang, Kaimin Hj Jalin.
 ??  ?? EWON (tengah) bersama OCPD Tenom DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah (empat kanan) di rumah Jauteh (empat kiri) di Kampung Singgaron.
EWON (tengah) bersama OCPD Tenom DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah (empat kanan) di rumah Jauteh (empat kiri) di Kampung Singgaron.
 ??  ?? EWON bergambar kenangan dengan seorang nenek di Kampung Mohimboyon.
EWON bergambar kenangan dengan seorang nenek di Kampung Mohimboyon.
 ??  ?? EWON meniup lilin kek harijadi yang disediakan tuan rumah Halimin Saping (empat kiri) yang juga seorang penolong pegawai perhubunga­n Parlimen Ranau.
EWON meniup lilin kek harijadi yang disediakan tuan rumah Halimin Saping (empat kiri) yang juga seorang penolong pegawai perhubunga­n Parlimen Ranau.
 ??  ?? (gambar atas) SATU lagi kejutan meraikan harijadi Ewon yang disediakan tuan rumah Abd Razak Kahar (kanan) di Kampung Lohan Ulu.
(gambar atas) SATU lagi kejutan meraikan harijadi Ewon yang disediakan tuan rumah Abd Razak Kahar (kanan) di Kampung Lohan Ulu.
 ??  ?? DANNA (kiri) menyampaik­an hadiah cabutan tiket bertuah kepada pengunjung di Dewan Kampung Kigiok.
DANNA (kiri) menyampaik­an hadiah cabutan tiket bertuah kepada pengunjung di Dewan Kampung Kigiok.
 ??  ?? EWON (tiga kiri) berhari raya di rumah Amin Hamid (dua kiri), mantan pegawai Jabatan Kerja Raya Ranau.
EWON (tiga kiri) berhari raya di rumah Amin Hamid (dua kiri), mantan pegawai Jabatan Kerja Raya Ranau.
 ??  ?? EWON (tiga kanan) bersama warga Pekan Kundasang. Turut kelihatan Setiausaha Perhubunga­n Datuk Sri Nasir Tun Sakaran, Sham Solo Baharry (duduk, empat kiri), Pegawai Jasa Kundasang Adjmain Dani (tengah), Japirin dan Dallius (kiri).
EWON (tiga kanan) bersama warga Pekan Kundasang. Turut kelihatan Setiausaha Perhubunga­n Datuk Sri Nasir Tun Sakaran, Sham Solo Baharry (duduk, empat kiri), Pegawai Jasa Kundasang Adjmain Dani (tengah), Japirin dan Dallius (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia