Utusan Borneo (Sabah)

‘Halfway Home’ inisiatif bendung gejala gangsteris­me belia India

-

KUALA LUMPUR: Program ‘Halfway Home’ merupakan inisiatif utama dalam Pelan Tindakan Belia India Malaysia, kata Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh.

Beliau berkata program tersebut menumpukan kepada pelajar India yang berisiko tinggi terjerumus dalam kancah gangsterim­e ini serta mengubah kehidupan belia tersebut agar menjadi insan berguna.

“Pelajar-pelajar ini akan dibawa dan ditempatka­n di sebuah asrama dan diberi pendedahan sepenuhnya dari segi akademik, kemahiran dan ajaran agama bagi melengkapk­an diri seadanya.

“Padamasasa­ma,kitaharap inisiatif ini dapat membina insan yang mempunyai karakter baik dan sopan serta keluar dari asrama dan sambung kehidupan seperti orang lain,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berharap pelan tindakan yang dirangka sayap itu akan dijadikan antara pengisian dalam Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB) yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 April lalu.

Sivarraajh berkata cadangan program ‘Halfway Home’ itu telah diusulkan kepada Najib dan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Untuk itu, Pemuda MIC telah menjalanka­n pelbagai kempen serta program kesedaran untuk memastikan belia India tidak terlibat dalam masalah gangsteris­me.

“Program intervensi telah diadakan bagi ibu bapa di kawasan yang berisiko tinggi (banyak masalah gangsteris­me) supaya mereka dapat mendidik anak-anak mereka yang masih bersekolah.

“Masalah ini boleh dibendung melalui kerjasama holistik daripada semua pihak untuk memastikan ia tidak menular menjadi penyakit kanser yang akan seterusnya memudaratk­an masyarakat India di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Sivarraajh turut menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa skuad Pemuda MIC adalah sarang untuk ‘membela’ golongan gangster.

Jelasnya, skuad itu memberi ruang kepada bekas banduan serta gangster untuk mengubah cara hidup mereka.

“Tanggungja­wab kita untuk membantu semua golongan tak kira banduan, gangster atau pencuri, tanggungja­wab kita membantu beliau ke jalan yangbenar.Jadisebaga­iKetua Pemuda saya tak boleh berat sebelahden­ganmengasi­ngkan golongan graduan dengan berkemahir­an, kena bawa semua sekali,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia