Utusan Borneo (Sabah)

Jamilah peroleh kekuatan daripada keluarga, pengundi

-

KUCHING:“Sayakehila­ngan seorang suami yang juga disayangi rakyat, pastinya saya bersedih dengan pemergian beliau, tetapi hidup perlu diteruskan”.

Itu kata-kata yang dilontarka­n Datuk Amar Jamilah Anu, balu kepada Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem ketika ditemui di kediamanny­a di Damai Jaya, Santubong dekat sini hari ini.

Terdahulu, Jamilah menerimaku­njungandar­ipada Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan isteri Datin Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di kediamanny­a.

Jamilah,yangmengga­ntikan Allahyarha­m Adenan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Datu berkata tanggungja­wab kepada anak-anak, cucu serta kepercayaa­n pengundi di kawasannya menjadi kekuatan kepada Jamilah ketika menghadapi waktu sukar saat kehilangan suami tercinta.

Allahyarha­m Adenan, yang lebih dikenali sebagai Tok Nan, Ketua Menteri Sarawak kelima, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan pada 11 Jan lepas.

Berkongsi kenangan sebagai pasangan suami isteri selama 38 tahun khususnya ketika menyambut Ramadan dan Syawal, Jamilah berkata Allahyarha­m sentiasa mengingatk­an kepada beliau agar melebihkan sedekah pada kedua-dua bulan mulia ini.

“Pada bulan puasa, arwah suami akan berkunjung ke masjid dan surau di kawasan Tanjong Datu untuk memberi sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampu­an dan golongan orang kurang upaya. Beliau tegaskan kita seharusnya membantu golongan itu agar mereka juga dapat merayakan Aidilfitri sama seperti orang lain,” katanya.

Mengenai sambutan Aidilfitri yang pertama kalinya disambut tanpa kehadiran suami di sisi, Jamilah berkata kenangan merayakan hari raya bersama arwah Adenan ketika menjadi Ketua Menteri yang mengalu-alukan kedatangan

 ??  ?? KETUA Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (kanan) ketika mengunjung­i Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu sempena Hari Raya Aidilfitri di Damai Jaya, Santubong dekat sini, kelmarin.
KETUA Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (kanan) ketika mengunjung­i Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu sempena Hari Raya Aidilfitri di Damai Jaya, Santubong dekat sini, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia