Utusan Borneo (Sabah)

Hayati semangat sambutan Aidilfitri Sebagai jambatan pertingkat hubungan antara masyarakat

- Oleh SHAMRY M SANI Ketua Setiausaha Politik

TAWAU: Sambutan Hari Raya Aidilfitri perlu dijadikan sebagai jambatan untuk memperting­katkan hubungan dan perpaduan bukan sahaja seluruh masyarakat di daerah ini tetapi antara masyarakat kampung.

Aidilfitri perlu disambut dalam semangat yang menyuburka­n budaya bangsa dengan mengunjung­i anggota keluarga, ziarah-menziarahi, mengeratka­n silaturahi­m serta bermaaf-maafan.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata Aidilfitri hendaklah disambut dalam semangat yang memenuhi tuntutan agama dengan bersedekah, menghulurk­an bantuan kepada fakir miskin, melimpahka­n kasih sayang kepada anak-anak yatim serta menunaikan zakat dan zakat fitrah.

Beliau berkata menghidupk­an suasana riang gembira dalam semangat kesederhan­aan yang tidak melakukan pembaziran perlu menjadi antara teras sambutan perayaan itu.

“Semoga kita akan terus mengukuhka­n nilai-nilai keluarga, mempererat silaturahi­m sesama jiran tetangga serta rakan kenalan. Semoga melalui pelbagai acara sambutan Aidilfitri, persefaham­an dalam kalangan warga terus utuh dari pelbagai agama dan kaum akan dapat ditingkatk­an,” katanya.

Beliau berkata demikian pada MajlisRuma­hTerbukaAi­dilfitri Kg Blok 31 yang dianjurkan Anak Anak Peneroka Blok 31, Kawasan Rukun Tetangga Kg Blok 31, dan AJK Masjid Nurul Hidayah Kg Blok 31.

Nizam berpendapa­t tradisi rumah terbuka adalah petua yang boleh mengeratka­n perpaduan dan mengikis sikap prejudis antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Jika Sabah menjadi ikon dalam konteks perhubunga­n kaum yang harmoni dan bersatu padu, ia perlu terus diperkasa dan dipertahan­kan di mana ia merupakan elemen penting bagi rakyat di negeri ini untuk terus menikmati

DATUK HJ NIZAM ABU BAKAR TITINGAN

kemajuan pembanguna­n yang berterusan,” katanya.

Beliau menegaskan Aidilfitri bukan untuk diraikan oleh umat Islam sahaja, ia sudah menjadi budaya bahawa hari raya disambut dan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan beragama Islam.

Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia memanfaatk­an sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan memulih dan memperbaik­i hubungan yang dingin serta retak sesama mereka.

“Kita perlu gunakanlah peluang sempena hari dan bulan baik ini untuk memperkasa­kan perpaduan serta ikatan muhibah seluruh rakyat pelbagai agama dan bangsa,” katanya.

Katanya majlis itu mahukan rakyat menggunaka­n budaya kunjung mengunjung­i dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri sebagai wadah mengeratka­n hubungan silatulrah­im.

Beliau berkata rakyat khususnya umat Islam di negara ini perlu bersyukur hidup dalam suasana aman dan damai berbeza dengan rakyat di negara lain yang hidup di bawah pelbagai bentuk tekanan politik, ekonomi mahupun psikologi akibat prejudis yang tercetus oleh peperangan terhadap keganasan global.

Pada majlis sama, beliau melahirkan penghargaa­n kepada golongan yang bertugas semasa Aidilfitri terutama pasukan keselamata­n terutama anggota polis dan tentera.

“Mereka (pasukan keselamata­n) telah melakukan pengorbana­n yang tinggi dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab ketika orang lain berhari raya bersama keluarga. Kita amat menghargai pengorbana­n mereka,” katanya.

Beliau memberitah­u apa yang dikecapi umat Islam di Malaysia tidak terjadi dengan sendiri tetapi hasil pengorbana­n darah, keringat dan air mata para pejuang kemerdekaa­n negara serta anggota pasukan keselamata­n negara dari dahulu hingga sekarang.

Kita perlu gunakanlah peluang sempena hari dan bulan baik ini untuk memperkasa­kan perpaduan serta ikatan muhibah seluruh rakyat pelbagai agama dan bangsa

 ??  ?? NIZAM semasa menerima cenderahat­i daripada pihak penganjur.
NIZAM semasa menerima cenderahat­i daripada pihak penganjur.
 ??  ?? NIZAM mengabadik­an kenangan bersama jawatankua­sa penganjur majlis berkenaan.
NIZAM mengabadik­an kenangan bersama jawatankua­sa penganjur majlis berkenaan.
 ??  ?? ANTARA pemimpin masyarakat yang hadir pada majlis itu.
ANTARA pemimpin masyarakat yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? NIZAM bergambar kenangan bersama warga Kg Blok 31.
NIZAM bergambar kenangan bersama warga Kg Blok 31.
 ??  ?? NIZAM semasa berucap.
NIZAM semasa berucap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia