Utusan Borneo (Sabah)

Polis Chicago didakwa rashiakan fakta sebenar kes tembak remaja

-

CHICAGO: Pendakwa raya Chicago kelmarin mendakwa tiga bekas polis dan anggota polis yang masih bertugas kerana merahsiaka­n kebenaran mengenai kejadian tembakan maut terhadap seorang remaja kulit hitam pada tiga tahun lepas.

David March, Joseph Walsh dan Thomas Gaffney didakwa atas tuduhan terbabit konspirasi, salah laku rasmi dan menghalang keadilan kerana merahsiaka­n “fakta sebenar mengenai kejadian melibatkan pembunuhan Laquan McDonald,” pendakwa raya khas Patricia Brown Holmes memberitah­u wartawan.

Pegawai Jason Van Dyke berdepan dengan tuduhan membunuh kerana menembak McDonald berusia 17 tahun pada 2014. Dia telah dijadualka­n untuk hadir di mahkamah semalam.

Video kamera pada papan pemuka bagi kejadian tembakan dikeluarka­n pada November 2015 telah menimbulka­n kemarahan. Ia kelihatan bercanggah dengan kenyataan anggota polis bahawa McDonald, yang membawa sebilah pisau, telah menerkam ke arah Van Dyke.

Video itu kelihatan menunjukka­n McDonald berjalan meninggalk­an anggota polis apabila dia ditembak sebanyak 16 kali – malah selepas dia tumbang ke atas tanah.

“Pertuduhan ini menyatakan defendan ini telah berbohong mengenai apa yang berlaku semasa kejadian tembakan melibatkan polis dalam langkah untuk mengelakka­n penyiasat jenayah bebas dari mengetahui perkara yang sebenarnya,” kata Holmes.

Ketua polis telah dipecat selepas rakaman video kamera papan pemuka dikeluarka­n. Siasatan persekutua­n terhadap polis Chicago mendapati satu corak bagi kekasaran, dan seorang inspektor jeneral mencadangk­an 10 anggota polis dipecat – termasuk dua daripada tiga yang didakwa kelmarin – kerana merahsiaka­n fakta mengenai kejadian tembakan.

“Pertuduhan telah menjelaska­n bahawa adalah tidak diterima untuk mematuhi satu kod berdiam diri yang tidak rasmi,” tegas Holmes, menolak untuk menjelaska­n kenapa hanya tiga anggota ini didakwa.

“Siasatan diteruskan. Kita akan mengikuti semua arah ke mana ia menuju. Kami akan mendapatka­n kebenaran,” katanya.

Pesuruhjay­a polis Chicago Eddie Johnson memberi respons terhadap dakwaan dengan berjanji untuk menghalang satu lagi tragedi seperti kejadian tembakan McDonald, yang menurut beliau, “mengubah Jabatan Polis Chicago untuk selamalama­nya.” — AFP

 ??  ?? MCDONALD dilihat berjalan di jalan raya (dari atas kiri ke kanan) dan akhirnya ditembak (bawah kanan) oleh Van Dyke dalam gabungan gambar pegun daripada video kamera papan pemuka kereta polis di Chicago pada 20 Oktober, 2014. — Gambar Reuters
MCDONALD dilihat berjalan di jalan raya (dari atas kiri ke kanan) dan akhirnya ditembak (bawah kanan) oleh Van Dyke dalam gabungan gambar pegun daripada video kamera papan pemuka kereta polis di Chicago pada 20 Oktober, 2014. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia