Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga wartawan Mexico mati dibunuh tuntut siasatan baharu

-

MORELIA: Keluarga dan rakan sekerja wartawan yang dibunuh di Mexico, Salvador Adame, menuntut siasatan baharu kelmarin dan mahu pihak berkuasa meneliti laporannya sebagai motif.

Tuntutan itu dibuat sehari selepas pendakwa raya negeri Michoacan mengumumka­n polis menjumpai mayat Adame yang rentung – lebih sebulan setelah dia diculik oleh lelaki bersenjata – dan sedang menyiasat pertikaian “peribadi” dengan seorang ketua jenayah tempatan sebagai motif.

Adame, pemilik stesen TV tempatan Canal 6, adalah wartawan keenam yang dibunuh pada tahun ini di Mexico, yang ditaraf sebagai negara ketiga paling bahaya di dunia bagi wartawan selepas zon perang di Syria dan Afghanista­n.

Ketua pendakwa raya Jose Martin Godoy pada Isnin lepas berkata penyiasat dimaklumka­n tentang lokasi mayatnya oleh seorang suspek yang barubaru ini ditangkap dalam satu kes berasingan.

Suspek itu, Daniel ‘El Cabezas’ Rubio, memberitah­u penyiasat bahawa Adame – yang dia sebut sebagai seorang rakan karib – dibunuh atas arahan seorang ketua jenayah tempatan dikenali sebagai ‘El Chano Pena’.

Godoy berkata bukti menunjukka­n ketua jenayah itu dan Adame mempunyai “masalah yang bersifat peribadi” – kemungkina­n cinta tiga segi.

Namun keluarga wartawan itu dan rakan-rakan sekerja mempertika­ikan versi kejadian itu pada satu sidang media.

“Kami tidak mengenali lelaki ini,” kata anak perempuann­ya Frida mengenai ‘El Cabezas’.

Menurut rakan sekerja, Adame telah menyiasat sebuah stesen gas yang dia syaki adalah topeng bagi jenayah terancang dalam pakatan dengan pihak berkuasa.

Wartawan lain di Michoacan – negeri barat yang teruk terjejas disebabkan oleh wabak keganasan kumpulan samseng di Mexico – menggesa pendakwa raya untuk meneliti perkara iu sebagai motif yang berpotensi.

“Kami menuntut kerajaan Michoacan menggunaka­n semua sudut siasatan, khususnya sudut yang ada kaitan dengan kewartawan­an Salvador Adame,” kata rakan sekerjanya Patricia Monreal, yang mewakili kesatuan wartawan negeri.

Adame, 44, diculik sehari selepas Presiden Enrique Pena Nieto berjanji akan mengukuhka­n perlindung­an bagi wartawan dan mendakwa mereka yang menyerang wartawan.

Keganasan terhadap wartawan sudah melonjak sejak 2006, tahun kerajaan Mexico mengerahka­n tentera untuk membantera­s kartel dadah yang berpengaru­h di negara itu.

Sejak itu, sekurang-kurangnya 100 wartawan sudah maut dan lebih 20 lagi hilang.

Keganasan itu sebahagian daripada gelombang pertumpaha­n darah di Mexico dalam tempoh sama yang sudah menyebabka­n kematian atau kehilangan lebih 200,000 orang. — AFP

 ??  ?? ANAK Adame, Frida Navidad Adame Urtiz, menangis ketika bercakap pada sidang media untuk menuntut siasatan baharu di Morelia, Mexico kelmarin. — Gambar Reuters
ANAK Adame, Frida Navidad Adame Urtiz, menangis ketika bercakap pada sidang media untuk menuntut siasatan baharu di Morelia, Mexico kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia