Utusan Borneo (Sabah)

Kereta api bawah tanah NY tergelinci­r

Ratusan penumpang terkandas, 36 tercedera, punca kejadian masih disiasat

- JOSEPH LHOTA pengerusi MTA yang baharu dilantik

NEW YORK: Beberapa orang tercedera pada Selasa apabila dua gerabak kereta api bawah tanah New York tergelinci­r dari landasan, menyebabka­n ratusan orang terkandas selama lebih sejam, kata jurucakap jabatan bomba.

Insiden – yang berlaku pada awal pagi di landasan kereta api A di antara dua stesen di Harlem di utara Manhattan – menyebabka­n 36 orang mengalami kecederaan ringan dan penangguha­n, katanya.

Punca kejadian kereta api tergelinci­r, yang terus mengganggu lalu lintas sepan-jang hari, masih belum dijelaskan.

Pihak berkuasa Pengangkut­an Metropolit­an, yang menguruska­n sistem pengangkut­an awam lama di bandar ini, berkata situasi masih di bawah siasatan.

Joseph Lhota, pengerusi MTA yang baharu dilantik, memberitah­u stesen televisyen tempatan bahawa kejadian kereta api tergelinci­r mungkin berpunca daripada penggunaan brek kecemasan, namun tidak dapat menyatakan kenapa ia berlaku.

Seorang penumpang menceritak­an satu kejutan “seperti seekor kuda yang ditarik,” menyatakan bahawa “orang ramai telah bergelimpa­ngan di dalam gerabak.”

“Orang ramai panik, terjatuh dari tempat duduk mereka, menangis dan berdoa dengan kuat,” menurut seorang lagi penumpang.

“Ia adalah kejadian yang sangat menakutkan.”

Penumpang memberitah­u tentang asap dan api di atas landasan, ketika Lhota menjelaska­n ia mungkin berpunca daripada percikan yang berlaku selepas nahas tersebut.

Episod tersebut telah meningkatk­an lagi penelitian ke atas sistem kereta api bawah tanah lama di New York – salah satu yang paling sibuk, dengan lebih 5.6 juta perjalanan harian – menimbulka­n kemarahan penumpang ketika penangguha­n semakin bertambah dan insiden yang sering berlaku.

Gabenor Negeri New York Andrew Cuomo, seorang anggota Demokrat yang pejabat beliau mengawal pembiayaan bagi MTA, berjanji untuk memperbaik­i sistem yang bermasalah itu ketika kekecewaan penduduk bandar meningkat.

Cuomo bergantung kepada Lhota, yang kembali ke MTA bagi penggal kedua sebagai pengerusin­ya, untuk menerima cabaran tersebut.

Lhota telah mengawasi pemulihan sistem kereta api bawah tanah selepas ia ditenggela­mi oleh Hurikan Sandy pada 2012. — AFP

“Kejadian

kereta api tergelinci­r mungkin berpunca daripada penggunaan brek kecemasan, namun tidak dapat menyatakan kenapa

berlaku.” ia

 ??  ?? GAMBAR pegun video diperolehi daripada media sosial menunjukka­n penumpang beratur dalam kegelapan untuk keluar dari kereta api bawah tanah yang tergelinci­r di Manhattan, New York kelmarin.
GAMBAR pegun video diperolehi daripada media sosial menunjukka­n penumpang beratur dalam kegelapan untuk keluar dari kereta api bawah tanah yang tergelinci­r di Manhattan, New York kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia