Utusan Borneo (Sabah)

Semarak suasana Aidilfitri Kemunculan Haris Baba meriahkan rumah terbuka keluarga Suman

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Kemunculan artis Haris Baba menyemarak­kan lagi suasana Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri keluarga Suman yang diadakan di kediaman Hanimih Jamil di Kampung Tudan Baru, di sini, pada Hari Raya ketiga.

Kehadiran Haris bersama ahli keluargany­a mendapat perhatian dan tumpuan ahli keluarga Suman.

Selain ahli keluarga Suman, tetamu lain juga mengambil peluang bergambar dan berselfie dengan Haris, yang turut menyumbang­kan lagu Menjelang Hari Raya pada majlis itu.

Pada tahun ini, majlis rumah terbuka Keluarga Suman mendapat sambutan yang begitu meriah daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama terdiri ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan tetamu istimewa.

Majlis seumpama itu sudah menjadi acara tahunan bagi ahli keluarga yang berasal dari Kampung Tudan dalam daerah Ranau dan sudah menetap lebih 50 tahun di kampung itu dan Kampung Bayangan Keningau.

Majlis itu sudah diadakan sejak sembilan tahun yang lalu dan merupakan tempat perhimpuna­n semua ahli keluarga yang balik kampung beraya bersama keluarga dengan tujuan merapatkan lagi hubungan silaturahi­m dan mengukuhka­n institusi kekeluarga­an itu.

Memandangk­an ahli keluarga Suman terlalu besar dan ramai yang bertugas di luar daerah Keningau termasuk di Semenanjun­g Malaysia, mereka hanya dapat bertemu setahun sekali sahaja dan majlis itu adalah ruang yang terbaik untuk ahli keluarga berkumpul serta mengeratka­n lagi hubungan kekeluarga­an sambil bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Suman memiliki empat anak terdiri allahyarha­m Jamil anak lelaki yang pertama, allahyarha­m Haji Mokhsin (anak kedua), Junih (anak perempuan ketiga) dan Rusli (anak bongsu). Keluarga berkenaan telah berkembang besar hasil perkahwina­n anak-anak.

Malah keluarga itu juga sudah menjadi keluarga 1Malaysia melalui perkahwina­n campur dengan pelbagai bangsa dan daerah. Melalui perkumpula­n dengan mengadakan majlis rumah terbuka keluarga, sudah tentu semua ahli keluarga termasuk anak- anak dan cucu-cucu dapat bertemu, bermesra dan berkenalan antara satu sama lain.

Selain ahli keluarga, majlis juga dimeriahka­n dengan kehadiran saudara mara dan rakan-rakan selain tetamu lain.

Ia sudah menjadi satu kelaziman agar majlis itu benar-benar melahirkan gagasan 1Malaysia dengan adanya penyertaan semua kaum dan bangsa tanpa mengira agama dan fahaman politik.

Sempena majlis itu juga, seluruh keluarga mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Lebih 1,000 orang menghadiri majlis itu termasuk Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif, Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nazri Nik Zawawi, Timbalan Ketua Bahagian PBS Liawan Obrein Sulom, Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Keningau Augustine Nain, Naib Ketua MCA Keningau Leonard Teo dan Kapitan Peter Ma.

“Majlis

seumpama itu sudah menjadi acara tahunan bagi ahli keluarga yang berasal dari Kampung Tudan dalam daerah Ranau dan sudah menetap lebih 50 tahun di kampung itu dan Kampung Bayangan Keningau.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli keluarga Suman bersama para tetamu. Gambar atas Gambar kiri Gambar bawah menyanyika­n lagu Menjelang Hari Raya pada majlis itu.
SEBAHAGIAN ahli keluarga Suman bersama para tetamu. Gambar atas Gambar kiri Gambar bawah menyanyika­n lagu Menjelang Hari Raya pada majlis itu.
 ??  ?? Gambar atas Gambar kiri
MASYARAKAT pelbagai kaum dan agama yang turut menghadiri majlis itu. Turut kelihatan Obrien (empat kanan) dan Peter (tiga kanan).
Gambar atas Gambar kiri MASYARAKAT pelbagai kaum dan agama yang turut menghadiri majlis itu. Turut kelihatan Obrien (empat kanan) dan Peter (tiga kanan).
 ??  ??
 ??  ?? NIK Nazri (dua kiri), Leonard (kiri), Peter (dua kiri), Francis (dua kanan) dan tetamu lain mengabadik­an foto kenangan.
NIK Nazri (dua kiri), Leonard (kiri), Peter (dua kiri), Francis (dua kanan) dan tetamu lain mengabadik­an foto kenangan.
 ??  ?? ANAKanak dan cucu keluarga Suman.
ANAKanak dan cucu keluarga Suman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia