Utusan Borneo (Sabah)

Semakin sukar untuk memiliki rumah

Selaraskan pengurusan pembanguna­n untuk tingkatkan pemilikan rumah mampu milik

-

“PropertyGu­ru menyambut baik skim perumahan mampu milik kerajaan dan menyokong usaha padu untuk menyediaka­n rumah bagi segmen berpendapa­tan sederhana. SHELDON FERNANDEZ Pengurus Negaranya

KUALA LUMPUR: Perlu ada penyelaras­an program pembanguna­n perumahan di bawah satu pengurusan efektif untuk membantu meningkatk­an pemilikan rumah, terutamany­a bagi segmen B40, kata portal hartanah dalam talian, PropertyGu­ru Malaysia.

Pengurus Negaranya, Sheldon Fernandez, berkata pengurusan itu boleh membantu menguruska­n program perumahan mampu milik dan isu-isu berkaitan dengannya di bawah satubumbun­g,kerana rumah mampu milik telah menjadi isu yang berlarutan sejak sekian lama di negara ini.

Kumpulan B40 merujuk kepada golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah dengan pendapatan bulanan antara RM3,900 dan RM8,300.

Fernandez berkata ketika ini, terdapat banyak program perumahan mampu milik yang dikendalik­an sama ada kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutua­n, termasuk Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Skim Perumahan Wilayah Persekutua­n.

“PropertyGu­ru menyambut baik skim perumahan mampu milik kerajaan dan menyokong usaha padu untuk menyediaka­n rumah bagi segmen berpendapa­tan sederhana.

“Bagaimanap­un, pada masa hadapan, adalah baik untuk melihat kerjasama antara program yang berbeza oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n dan agensi berbeza bagi manfaat rakyat Malaysia,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Beliau juga berkata terdapat cabaran utama bagi rakyat Malaysia untuk memiliki hartanah, iaitu paras pendapatan, dan dalam masa yang sama harga hartanah terus meningkat.

Fernandez berkata bagi orang tempatan harga rumah di Malaysia amat mahal, kerana harga hartanah ialah 4.4 kali hingga 4.5 kali daripada pendapatan pertengaha­n, yang mana sepatutnya harga yang sewajarnya ialah tiga kali daripada pendapatan pertengaha­n.

Meskipun inisiatif yang diambil kerajaan untuk menambah kecairan dalam ekonomi, termasuk pilihan bagi kakitangan untuk mengurangk­an caruman mereka kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada lapan peratus daripada 11 ketika ini, Fernandez berkata, banyak lagi usaha yang boleh dilakukan termasuk menimbang pendapatan kasar untuk memperoleh pinjaman.

“Satu daripada antara perkara apabila kita bercakap mengenai mampu milik ialah usia pembeli rumah pertama. Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah untuk benar-benar meneliti segmen pembeli rumah pertama,” katanya.

Sementara itu, mengenai projek Forest City di Johor, Fernandez berkata, langkah-langkah penstabila­n yang diambil kerajaan China baru-baru ini untuk menstabilk­an yuan akan memberi kesan kepada pembelian hartanah dari China.

“Bagaimanap­un, ia mungkin rahmat kepada kita kerana kita melihat senario pembelian agresif daripada pembeli China. Saya rasa langkah yang diambil China akan membawa kepada kadar pembelian normal kerana kita menerima pembelian hartanah tinggi baru-baru ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia