Utusan Borneo (Sabah)

Haiwan, dahan dan vandalisme punca elekterik Luak terjejas

-

MIRI: Haiwan dan dahan pokok termasuk aktiviti vandalisme menjadi antara punca utama sering berlakunya gangguan elektrik menjejaska­n kawasan Luak serta Desa Viena hingga ke Kampung Terahad.

Pengurus Wilayah Utara SEB Miri Tan Joo Kok berkata, punca terbabit menjejaska­n bekalan elektrik sepanjang 30 kilometer berkenaan yang disalur kepada pengguna kawasan Luak berkenaan.

“Disebab bekalan elektrik kawasan Luak hingga ke Kampung Terahad sangat panjang, maka apa sahaja terjadi pada aliran elektrik akan menjadi punca gangguan sebagai contoh haiwan atau dahan pokok pada tiang elektrik berkenaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat yang diadakan bersama beberapa penduduk Desa Viena bagi menjawab isu mengenai gangguan elektrik sering berlaku di kawasan Desa Viena sejak lebih sedekad lalu, bertempat di SEB Miri di sini petang Selasa.

Turut hadir ialah wakil daripada DAP di sini.

Menurut Tan, bagi penyelesai­an untuk tempoh jangka pendek, pihaknya akan memasang transforme­r di Bakam yang akan dibahagi kepada dua penjana bekalan elektrik.

Jelasnya, kawasan pinggir akan dibekal dengan tenaga elektrik dari transforme­r Bakam berkenaan, manakala kawasan bandar termasuk Desa Viena dan Strawberry Park akan dibekalkan dengan bekalan elektrik utama itu.

“Diharapkan penyelesai­an akan kita ambil dalam masa terdekat ini akan membantu mengurangk­an gangguan elektrik terbabit khususnya kepada penduduk di Desa Viena,” ujarnya.

Katanya, sebuah sub stesen bersama serupa dengan sub stesen di Marina akan dibina sebagai penyelesai­an dalam jangka masa panjang.

Sementara itu, dari Januari hingga Jun tahun ini, terdapat tujuh kes gangguan bekalan elektriok diterima di kawasan Luak terbabit.

“Pihak kita dari semasa ke semasa, kita akan berusaha membantu menyelesai­kan masalah tersebut dengan perancanga­n yang akan diambil seterusnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia