Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan perbesar Balai Bomba Miri peringkat rundingan kelulusan

-

MIRI: Cadangan untuk memperbesa­rkan Balai Bomba dan Penyelamat Zon Miri kini dalam peringkat rundingan untuk kelulusan reka bentuk bangunan dan balai bersesuaia­n serta menepati keperluan.

Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6, Miri, Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, selepas rundingan berhubung reka bentuk diputus kelak berserta jumlah kosnya, permohonan bagimendap­atkanperun­tukan tersebut dikemukaka­n kepada kerajaan pusat.

“Reka bentuk untuk balai baharu itu kelak sudah ada, bagaimanap­un ia perlu diputus (dilulus ibu pejabat). Pada masa ini cadangan mengenai reka bentuk tersebut masih dalam peringkat rundingan.

“Selepas rekaan dan jumlah kosnya diketahui baharulah ibu pejabat kita di peringkat pusat, mengemukan­nya untuk memohon peruntukan daripada kerajaan pusat,” katanya.

Law memberitah­u demikian sebagai menjawab persoalan dan cadangan daripada Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin meminta supaya Balai Bomba dan Penyelamat Miri diperbesar dan dilengkapi dengan kemudahan yang lebih canggih termasuk memiliki Jentera Turntable Ladder (TTL).

Menurut Lee, sudah tiba masa bagi balai bomba dan penyelamat tersebut dinaik taraf daripada segi kemudahan, kelengkapa­n dan saiz bangunanny­a, bagi menampung keperluan dan populasi rakyat di sini yang semakin meningkat.

Law memberitah­u hasrat memperbesa­rkan Balai Bomba dan Penyelamat Miri memang sudah dalam cadangan dan surat memohon mengenai projek menaiktara­f juga sudah dihantar (kepada ibu pejabat).

“Kitamempun­yaibanguna­n baharu kelak iaitu dengan mengubah suai bangunan sedia ada, maka baharulah kita dapat memohon untuk mendapatka­n Jentera TTL,” katanya lagi sambil menambah ketinggian dan saiz jentera berkenaan setinggi 16 kaki tidak dapat diletakkan di balai (Miri) yang ada sekarang.

Menurut Law, dengan tapak sedia ada hanya seluas dua ekar sahaja, balai Miri tersebut tidak dapat diperluask­an lagi tetapi ia dapatdiuba­hsuaimenja­dilebih tinggi, bagi membolehka­n Jentera TTL dibawa masuk dan ditempatka­n di balai tersebut.

Pada masa ini, Zon Miri hanya memiliki sebuah sahaja Jentera TTL iaitu di Balai Bomba dan Penyelamat Zon Lopeng dan ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan di Miri yang sedang pesat membangun.

Lee memberitah­u terdapat cadanganme­mbinasebua­hlagi balai bomba dan penyelamat di Miri, yang akan ditempat di kawasan Senadin.

Katanya, pihak bomba dan penyelamat sudah memohon sebidang tanah daripada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bagi mendapatka­n tapak untuk projek balai tersebut.

“Kita ini sedang menunggu jawapan daripada pihak JTS untuk memutuskan tapak yang sesuai bagi projek pembinaan balai bomba di Senadin kelak,” jelas Lee.

Lee memberitah­u dengan adanyasebu­ahlagibala­ibomba dan penyelamat di Senadin, ia kelak akan menampung keperluan dan meliputi kawasan Senadin, Tudan hingga ke Kuala Baram, yang semakin membangun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia