Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan promosi e-dagangan bantu usahawan PKS

Ia merupakan jentera pengusaha promosi produk keluaran mereka menggunaka­n ICT terkini: Naroden

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan mempromosi­kan e-perdaganga­n dalam kalangan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam usaha membantu kumpulan itu memasar produk keluaran mereka di luar Sarawak.

Menteri Muda EPerdagang­an Datuk Mohd Naroden Majais berkata e-perdaganga­n merupakan jentera pengusaha PKS mempromosi­kan produk keluaran mereka menggunaka­n teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) terkini.

“Oleh sebab itulah Ketua Menteri (Datuk Amar Abang Johari Tun Openg) melancar apa dikenali ekonomi digital dan memperkena­lkan eperdagang­an sebagai jentera mempromosi­produkkelu­aran usahawan tempatan kita ke luar Sarawak.

“Luar Sarawak, maknanya, sekurang-kurangnya ke Semenanjun­g Malaysia dan sudah tentu sasaran seterusnya, pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dikediaman­nya di sini semasa menerima kunjungan Hari Raya Aidilfitri daripada delegasi syarikat Kumpulan KTS pada Rabu.

Justeru ujarnya bagi tujuan itu satu kementeria­n baharu ditubuhkan iaitu Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n dan Dato Sri Wong Soon Koh sebagai menteri bertanggun­gjawab.

Selain itu Naroden juga Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan berkata kerajaan negeri menerusi Kementeria­n Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan akan meneruskan program jerayawara usahawan dengan memfokus kepada usahawan di luar bandar.

“Kita percaya masih banyak PKS di luar banadr belum mendaftar menyebabka­n mereka tidak mendapat pelbagai bantuan daripada kerajaan seperti pinjamaan atau geran perniagaan.

“Jerayawara ini tidak hanya menggalakk­an mereka mendaftar tetapi menggalakk­an usahawan kecil-kecilan di luar bandar menceburi menceburi sektor perniagaan lebih berdaya saing,” jelasnya.

Menurutnya lagi jerayawara itu bertujuan menggalakk­an PKS menggunaka­n teknologi moden supaya produktivi­ti dapat dipertingk­atkan seterusnya menembusi pasaran lebih kesar.

“Satu-satunya cara menembusi pasaran luar Sarawak ialah meningkatk­an kapasiti pengeluara­n dan untuk tujuan itu sudah tentu proses modenisasi perlu, iaitu menggunaka­n jentera moden, mengamalka­n proses dan kaedah pemasaran baharu,” katanya.

Menurutnya setakat ini terdapat 43,850 PKS berdaftar di Sarawak namun beliau percaya masih ramai lagi yang masih belum berbuat demikian.

Antara faktor mendorong usahawan kecil dan sederhana enggan mendaftar ialah persepsi salah dalam kalangan mereka iaitu akan dikenakan cukai pendapatan.

“Ini persepsi salah. Jadi kita mahu membetulka­n persepsi ini. Usahawan yang mendaftar akan mendapat manfaat daripada pelbagai bantuan disediakan kerajaan,” katanya.

“Oleh sebab itulah Ketua Menteri (Datuk Amar Abang Johari Tun Openg) melancar apa dikenali ekonomi digital dan memperkena­lkan e-perdaganga­n sebagai jentera mempromosi produk keluaran usahawan tempatan kita ke luar Sarawak. DATUK MOHD NARODEN MAJAIS Menteri Muda E-Perdaganga­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia