Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat mesti pilih parti terbaik

Mampu tadbir negara dengan seimbang

-

KANGAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berharap rakyat terus memilih parti yang kukuhdanma­mpumentadb­ir secara seimbang tanpa berat sebelah pada mana-mana pihak, pada pilihan raya ke-14 (PRU 14).

Katanya, rakyat harus sedar bahawa Malaysia memerlukan kerajaan yang menyokong perpaduan kaum selain mengutamak­an bakti kepada rakyat untuk memimpin dan mentadbir negara.

Beliau berkata pilihan yang bijak oleh rakyat amat penting demi memastikan keharmonia­n masyarakat majmuk di negara ini terus terjamin sejak sekian lama selain dapat meneruskan agenda kemajuan untuk manfaat semua.

“Sambutan Aidilfitri pada tahun ini merupakan hari raya terakhir sebelum kita menghadapi PRU 14 di mana ia disambut dengan penuh harmoni dengan kemeriahan yang sederhana.

“Saya yakin rakyat mahukan kerajaan yang stabil. Bukan memilih kumpulan mereka yang suka menimbulka­n pelbagai tuduhan serta menganggap orang lain tidak berguna, sedangkan mereka sendiri tidak menjalanka­n bakti untuk rakyat,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017 Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dewan 2020 di sini, kelmarin.

Dalam perkembang­an lain, Shahidan berkata kerajaan perlu memastikan setiap kontraktor yang dipilih untuk sebarang projek pembanguna­n mestilah berwibawa dalam melaksanak­an tugas mereka sehingga selesai.

Beliau yang juga anggota Parlimen Arau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembang­an Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau yang akan beroperasi Julai ini.

“Projek MRSM ini merupakan projek yang tertangguh. Kalau kontraktor pandai melobi tetapi tidak berwibawa inilah masalahnya, projek akan tergendala begitu lama,” katanya.

MRSM Arau bakal menempatka­n kumpulan pertama seramai 150 orang pelajar tingkatan satu dan 150 orang pelajar tingkatan tiga buat permulaan dan kemasukan penuh akan bermula Januari depan. Bernama

“Saya

yakin rakyat mahukan kerajaan yang stabil. Bukan memilih kumpulan mereka yang suka menimbulka­n pelbagai tuduhan serta menganggap orang lain tidak berguna. DATUK SERI DR SHAHIDAN KASSIM Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia