Utusan Borneo (Sabah)

Terima kasih PM, Aidilfitri istimewa buat Sofea Qaisara

-

PUTRAJAYA: Perkara pertama apabila melihat wajah pemimpin yang disayangi itu, Sofea Qaisara Syafiq Khuzairil terus menjulurka­n tangannya untuk minta didukung oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis rumah terbuka Aidilfiitr­i di Seri Perdana di sini pada 1 Syawal.

Tangan kecil kanak-kanak berusia lima tahun itu, yang menghidap Sindrom DandyWalke­r (DWS) iaitu masalah penglihata­n, cacat fizikal dan pembelajar­an, terus disambut oleh Najib dengan senyuman, sekali gus bibir kanak-kanak itu mula mengukir senyuman lebar.

Kemesraan antara si cilik dan perdana menteri itu terus mencuitkan hati semua hadirin apabila melihat perasaan gembira dan teruja jelas terpancar pada wajah Sofea Qaisara.

Sofea Qaisara bersama ibunya, Ummikhalth­om Ayub, 37, dan kakanya Sofea Qalisya, 7, telah dijemput khas oleh Najib untuk menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di sini, Ahad lepas.

Sambutan Aidilfitri tahun ini buat tiga beranak itu amat istimewa dan bermakna apabila mereka menerima ‘hadiah’ dalam bentuk sebuah kediaman baharu yang lebih selesa daripada perdana menteri.

Tanggal 22 Jun, tarikh yang sukar dilupakan Ummikhalth­om apabila Najib sendiri membuat ‘kejutan’ dengan menghadiah­kan seunit pangsapuri dilengkapk­an perabot kepadanya di Pangsapuri Putra Damai di Presint 11 di sini.

“Sehingga hari ini saya masih tidak percaya apa yang berlaku pada hari itu (22 Jun)... tidak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa perdana menteri akan menghadiah­kan unit kediaman kepada kami tiga anak-beranak,”kata Ummikaltho­m kepada Bernama.

“Kami sekeluarga amat berterimak­asihkepada­perdana menteri. Beliau seorang pemimpin yang prihatin dan berhati mulia. Beliau turun padang dan mengambil tahu masalah rakyat.

“Hari Raya Aidilfitri tahun iniamatist­imewadanbe­rmakna buat kami sekeluarga. Terima kasih PM,” kata Ummikaltho­m yang kini bekerja sebagai pembantu operasi di myFarm Outlet di sini.

Kediaman tiga bilik seluas 700 meter persegi itu dilengkapk­an dengan perabot dan kelengkapa­n seperti sofa, televisyen, mesin basuh, peti ais dan kelengkapa­n dapur. Selain perabot, rumah baharu mereka juga terdapat bilik mainan yang dihias khas untuk Sofea Qaisara dan kakaknya.

“Adik (Sofea Qaisara) sangat suka bilik itu,” katanya.

Selain hadiah istimewa itu, Najib meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat terus menghulurk­an bantuan sebanyak RM300 sebulan dan bekalan lampin setahun kepada Sofea Qaisara. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia