Utusan Borneo (Sabah)

Babah FC juara

Benam Upko Penampang 5-3 di akhir Liga Belia Datuk Donald P. Mojuntin

-

PENAMPANG: Babah FC menjulang Piala Liga Belia Datuk Donald P. Mojuntin selepas menewaskan Upko Penampang 5-3 dalam perlawanan akhir di Kompleks Sukan Penampang, barubaru ini.

Babah FC yang turun sebagai pasukan pilihan bermula garang seawal minit permainan.

Asakan demi asakan dilontarka­n ke gawang gol Upko Penampang berhasil pada minit ke-11 apabila pemain tengah Zikrey Ramlan berjaya mendapatka­n gol pembukaan untuk mendahului Upko Penampang 1-0.

Permainan agak seimbang sehingga tamat separuh pertama dan kedudukan masih berpihak kepada Babah FC dengan jaringan 1-0.

Dengan dibarisi beberapa pemain yang berpengala­man, Babah FC terus menjarakka­n gol hasil jaringan bekas pemain pasukan Sabah, O’Neil Bungkilan pada minit ke-44 di separuh masa kedua.

Selang 4 minit kemudian, penyerang berbisa Upko Penampang, Khairudin Mastikar berjaya menjaringk­an gol pada minit ke-48 untuk merapatkan jurang gol.

Namun demikian, pasukan Babah FC sekali lagi berjaya menjaringk­an gol hasil serangan balas dan gol dijaringka­n oleh Zikrey untuk terus mendahului 3-1.

Percaturan pengurus Upko Penampang membuat gantian pemain apabila memasukkan Ian James yang juga bekas pemain simpanan Sabah membuahkan hasil apabila tandukanny­a berjaya merapatkan kedudukan untuk menjadikan jaringan 3-2.

Permainan semakin sengit apabila pemain Upko Penampang Sharudin Yakub berjaya menjaringk­an gol penyamaan untuk mengikat kedudukan 33. peribadiny­a dalam perlawanan akhir itu untuk pasukannya terus mendahului 4-3.

Perlawanan yang berbaki 10 minit lagi semakin rancak walaupun ketika itu cuaca hujan.

Kedua-dua pasukan berhati-hati untuk mengelakka­n kesilapan kerana keadaan padang yang licin.

Sehinggahl­ah minit ke-71 ketua pasukan Babah FC, Eric Justin menambah derita Upko Penampang apabila menjaringk­an gol kontrovers­i.

Gol itu berlaku apabila Ian dijatuhkan dan mengalami kecederaan. Pengadil perlawanan memberhent­ikan permainan bagi membolehka­n Ian menerima rawatan.

Selepas itu, pemain Upko Penampang terkejut apabila pengadil perlawanan­an membuat ‘drop ball’ bukannya sepakan percuma bagi meneruskan permainan dan ketika itulah ada sedikit kekeliruan, dan bola dirampas oleh Eric yang seterusnya menjaringk­an gol kemenangan.

Ketegangan berlaku apabila pemain-pemain Upko Penampang membantah keras keputusan pengadil kerana membenarka­n jaringan itu.

Bagaimanap­un, pujian tinggi harus diberikan kepada pemain Upko Penampang yang diketuai oleh Dominic Minci untuk meneruskan permainan atas dasar semangat kesukanan dan mentaliti yang lebih profesiona­l.

Penyampaia­n hadiah kepada pasukan juara dan naib juara telah disempurna­kan oleh penaung kejohanan, Datuk Donald P. Mojuntin sejurus sahaja tamat perlawanan akhir itu.

Pasukan Upko Penampang selaku naib juara membawa pulang wang tunai RM2,500, trofi dan medal.

Manakala pasukan juara, Babah FC berjaya membolot hadiah wang tunai RM5,000, trofi beserta medal.

Presley Anthony dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dan Martin Sulaiman sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Pengerusi Penganjur Adrian Siponong merakamkan ribuan terima kasih kepada penaung kejohanan atas sumbangan dan sokongan yang diberikan sepanjang kejohanan itu.

Tidak lupa juga semua pasukan, peminat dan penyokong bolasepak daerah Penampang atas sokongan yang diberikan.

Beliau juga amat berharap kejohanan edisi ke-2 tahun depan dapat dianjurkan lagi.

Turut hadir di perlawanan akhir itu adalah AMT Safa Telupid merangkap Ketua Pemuda Upko Beluran Tommy Amir dan rombongan Upko Bahagian Penampang.

 ??  ?? PASUKAN Upko Penampang tetap ceria walaupun tewas di final.
PASUKAN Upko Penampang tetap ceria walaupun tewas di final.
 ??  ?? James Wong bersama trofi yang dimenangi. Selepas beberapa minit kemudian, O’Neil menjadi hero apabila menjaringk­an gol kedua
James Wong bersama trofi yang dimenangi. Selepas beberapa minit kemudian, O’Neil menjadi hero apabila menjaringk­an gol kedua
 ??  ?? ADRIAN (kanan) dan Donald (tengah) serta tetamu kehormat ketika menyaksika­n perlawanan akhir.
ADRIAN (kanan) dan Donald (tengah) serta tetamu kehormat ketika menyaksika­n perlawanan akhir.
 ??  ??
 ??  ?? PENGURUS pasukan Babah FC Batholomew Jingulam menerima trofi dan wang tunai selaku juara kejohanan darpida Donald.
PENGURUS pasukan Babah FC Batholomew Jingulam menerima trofi dan wang tunai selaku juara kejohanan darpida Donald.
 ??  ?? ZAINIZAM Marjan dan rakan pasukan UPKO Penampang bergambar bersama trofi naib juara.
ZAINIZAM Marjan dan rakan pasukan UPKO Penampang bergambar bersama trofi naib juara.
 ??  ?? TIMBALAN Pengerusi Penganjur Ronny Dingon bersama Tommy Amir turut hadir memberikan sokongan.
TIMBALAN Pengerusi Penganjur Ronny Dingon bersama Tommy Amir turut hadir memberikan sokongan.
 ??  ?? MARTIN Sulaiman dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan itu.
MARTIN Sulaiman dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan itu.
 ??  ?? PASUKAN Upko Penampang dan Babah FC bergambar sebelum sepak mula.
PASUKAN Upko Penampang dan Babah FC bergambar sebelum sepak mula.
 ??  ?? PENGURUS pasukan Roy Naintin menerima hadiah daripada Donald.
PENGURUS pasukan Roy Naintin menerima hadiah daripada Donald.
 ??  ?? PRESLEY Anthony dinobatkan sebagai penjaring terbanyak.
PRESLEY Anthony dinobatkan sebagai penjaring terbanyak.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penyokong yang hadir semasa perlawanan itu.
SEBAHAGIAN penyokong yang hadir semasa perlawanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia