Utusan Borneo (Sabah)

Ledecky terpantas di Chicago

Ratu renang Amerika itu ungguli 800 meter gaya bebas dalam masa 8 minit 11.50 saat di Kejohanan Renang AS

-

CHICAGO: Juara Olimpik sebanyak lima kali Katie Ledecky memenangi acara 800 meter gaya bebas kelmarin di Kejohanan Renang Amerika Syarikat (AS) dengan masa terpantas pada tahun ini di dunia hanya 25 minit sahaja selepas satu lagi perlumbaan akhir.

Ledecky, pemegang rekod dunia serta juara dunia dan Olimpik yang menduduki tempat keenam dalam acara 100 meter gaya bebas, memenangi mahkota 800 meter dalam masa 8 minit 11.50 saat manakala Leah Smith, di tempat keenam di Rio, menduduki tempat kedua, 8.96 saat di belakang.

Ledecky dapat berenang dalam empat acara individu dan dua acara berganti-ganti di Kejohanan Dunia pada bulan depan di Budapest, Hungary, dengan persembaha­n yang mantap di kejohanan lima hari ini di Indianapol­is, Indiana.

“Ia adalah penting untuk melaksanak­an tugas di sini dan pergi ke Budapest dan banyak berusaha,” kata Ledecky. “Setakat ini, saya menyediaka­n diri dengan baik tetapi ini baharu hari pertama.”

Walaupun ia adalah masa terbaik di dunia bagi 2017, masa kemenangan hanya kesembilan terbaik bagi Ledecky, yang memenangi pingat emas di Olimpik dalam acara-acara 200, 400 dan 800 meter gaya bebas pada tahun lepas di Rio – mempertaha­nkan mahkota 800 meter yang dia menangi di London – selain membantu pasukan bergantiga­nti 4x200 meter wanita mencapai kemenangan.

Ledecky memenangi kejuaraan dunia dalam acara 400, 800 dan 1,500 meter gaya bebas dan sama-sama memenangi acara 4x200 meter gaya bebas pada 2013 di Barcelona sebelum dia mempertaha­nkan kejuaraan tersebut dan menambah kejuaraan dunia dalam acara 200 meter pada 2015 di Russia.

Mallory Comerford, yang menandingi Ledecky untuk mahkota kolej AS dalam acara 200 ela gaya bebas, memenangi acara 100 meter gaya bebas wanita dalam masa 52.81 saat, memotong 1.1 saat dari masa peribadi terbaiknya sebelum kejohanan.

Juara bersama di Olimpik Rio, Simone Manuel menduduki tempat kedua dalam masa 53.05 saat.

Ledecky di tempat keenam dalam masa 54.35 saat, yang menyamai kedudukan pilihannya. Ia, digabung dengan masa pecahan kedua terbaik AS dalam acara bergantiga­nti 4x100 meter gaya bebas di Rio, dijangka menjadikan­nya calon untuk berenang dalam acara berganti-ganti yang sama di Budapest.

“Semua kami mahu mencatatka­n beberapa masa yang baik,” kata Ledecky. “Kami mahu meneruskan momentum dari 2016 itu.”

Ledecky berenang untuk tempat kelayakan dunia dan mahkota AS semalam dalam acara 200 meter gaya bebas, Jumaat dalam acara 400 meter gaya bebas, dan Sabtu dalam acara 1,500 meter gaya bebas.

Ia adalah penting untuk melaksanak­an tugas di sini dan pergi ke Budapest dan banyak berusaha. Katie Ledecky Ratu renang AS

 ?? — Gambar AFP ?? LEDECKY gembira ketika upacara penyampaia­n pingat di Indianapol­is, Amerika Syarikat kelmarin.
— Gambar AFP LEDECKY gembira ketika upacara penyampaia­n pingat di Indianapol­is, Amerika Syarikat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia