Utusan Borneo (Sabah)

Pacquaio akan tumbangkan Horn dengan tumbukan ‘knockout’: Roach

-

BRISBANE: Pertarunga­n kejuaraan dunia di antara Manny Pacquaio menentang Jeff Horn dijangka “singkat dan manis” mungkin dengan tumbukan ‘knockout’, ramal jurulatihn­ya semalam, manakala pencabarny­a dari Australia berkata dia “bersedia untuk berperang”.

Legenda Filipina itu, salah seorang peninju paling hebat dari generasiny­a, diramal akan menang ke atas Horn yang belum lagi tewas di hadapan 50,000 orang yang dijangka memenuhi Stadium Suncorp di Brisbane pada Ahad ini.

“Dia (Manny) tidak suka meramalkan ‘knockout’ dan sebagainya tetapi saya rasa ia pasti singkat dan manis,” kata jurulatih Freddie Roach kepada pemberita di satu sidang akhbar menjelang pertarunga­n welterweig­ht Pertubuhan Tinju Dunia (WBO). “Saya rasa ia tidak akan memakan masa yang terlalu lama dan seseorang pasti akan tumbang.” Roach kelmarin membayangk­an pertarunga­n itu adalah batu loncatan bagi juara dunia dalam lapan divisyen itu untuk mengadakan pertarunga­n semula dengan seteru dari Amerika Floyd Mayweather, yang menang mata ke atas Pacquiao dalam pertarunga­n ‘Fight of the Century’ dua tahun lalu. Kem Horn membidas balik, dan promoter bekas guru sekolah itu memerli Pacquiao kerana menghabisk­an kebanyakan waktu di sidang akhbar itu dengan melihat telefon bimbitnya. “Bukan sahaja Manny Pacquiao juara dunia sebanyak 11 kali, dia juga juara penghantar teks dunia, kerana dia tidak pernah berhenti melihat telefonnya yang bodoh,” kata Dean Lonergan.

Jurulatih Horn, Glenn Rushton, menuduh kem Pacquaio memandang rendah pencabarny­a yang berusia 29 tahun dan berkata pertarunga­n ‘Battle of Brisbane’ akan menjadi “pertarunga­n terhebat pada tahun ini”.

“Visi saya untuk pertarunga­n ini ialah ia akan berhenti lewat. Saya rasa ia akan berlaku pada hujung pertarunga­n selepas semua pusingan ini. Saya sendiri percaya ini akan menjadi pertarunga­n terhebat pada tahun ini,” kata Rushton.

“Saya rasa Freddie dan Manny mungkin memandang rendah Jeff walaupun saya tahu mereka kata mereka tidak kerana dia terlalu berpengala­man untuk tidak bersedia dengan baik.

“Tetapi saya rasa apabila mereka keluar nanti, keadaan begitu berlainan sekali. Saya rasa ini akan menjadi pertarunga­n Manny yang paling sukar. Kami sudah berlatih setekun mungkin untuk pertarunga­n ini, jadi kami bersedia untuk berperang.” —

 ??  ?? PACQUAIO
PACQUAIO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia