Utusan Borneo (Sabah)

Renang: Ledecky rangkul mahkota 200 meter gaya bebas

-

CHICAGO: Juara Olimpik sebanyak lima kali Katie Ledecky memenangi mahkota 200 meter gaya bebas kelmarin di Kejohanan Renang Amerika Syarikat, kejuaraan keduanya di kejohanan kelayakan itu bagi Kejohanan Dunia pada bulan depan.

Ledecky, yang memenangi acara 800 meter gaya bebas pada Selasa leaps setelah menduduki tempat keenam dalam acara 100 meter gaya bebas, akan berenang untuk merebut kejuaraan pada hari ini (Jumaat) dalam acara 400 meter gaya bebas dan esok (Sabtu) dalam acara 1,500 meter gaya bebas.

Juara 200 meter dunia dan Olimpik berusia 20 tahun itu menang dalam masa 1 minit 54.84 saat untuk menewaskan Leah Smith dengan kelebihan 1.84 saat.

Dia boleh berenang dalam empat acara individu dan dua acara berganti-ganti di Kejohanan Dunia pada bulan depan di Budapest, Hungary, dengan persembaha­n yang mantap di kejohanan lima hari ini di Indianapol­is, Indiana.

Ledecky memenangi pingat emas Olimpik dalam acara-acara 200, 400 dan 800 meter gaya bebas di Rio – untuk mempertaha­nkan mahkota 800 meter yang dia menangi di London – selain turut membantu pasukan berganti-ganti 4x200 meter wanita AS mencapai kemenangan.

Ledecky memenangi kejuaraan dunia dalam acaraacara 400, 800 dan 1,500 meter gaya bebas dan turut menikmati kemenangan dalam acara berganti-ganti 4x200 meter gaya bebas pada 2013 di Barcelona sebelum dia mempertaha­nkan kejuaraan tersebut dan menambah kejuaraan dunia dalam acara 200 meter pada 2015 di Russia.

Juara 100 dan 200 meter kuak lentang Olimpik Ryan Murphy memenangi semula kejuaraan 200 meter dalam masa 1:54.30, dengan menumpaska­n atlet Olimpik Rio Jacob Pebley dengan kelebihan .48 per saat.

Kathleen Baker, naib juara acara 100 meter kuak lentang di Olimpik Rio 2016, memenangi kejuaraan 200 meter kuak lentang dalam masa 2:06.38 manakala Regan Smith, 15 tahun, di tempat kedua dalam masa 2:08.55.

Caeleb Dressel memenangi acara 50 meter kuak kupukupu dalam masa rekod kejohanan 23.05 saat, yang memecah masa 23.26 saat yang dibuat oleh naib juara Cullen Jones pada peringkat kelayakan. Jones berenang 23.27 saat dalam perlumbaan akhir.

Dalam acara 200 meter kuak dada, atlet Olimpik Kevin Cordes memenangi kejuaraan kebangsaan ketiganya dalam masa 2:07.41 manakala Lilly King memenangi kejuaraan wanita dalam masa 2:21.83.

Townley Haas memenangi acara 200 meter gaya bebas lelaki dalam masa 1:45.03 manakala Kelsi Worrell memenangi acara 50 meter kuak kupu-kupu wanita dalam masa 25.69. – AFP

 ??  ?? KATIE Ledecky meraikan selepas menang acara 200 meter gaya bebas.
KATIE Ledecky meraikan selepas menang acara 200 meter gaya bebas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia