Utusan Borneo (Sabah)

Badak tabur sepenuh kudrat

Misi tewaskan PDRM di Stadium Hang Jebat

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Skuad Badak berazam menambur sepenuh kudrat di Stadium Hang Jebat dalam misi menewaskan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Melaka malam ini.

Kesebelasa­n utama terbaik akan digunakan oleh ketua jurulatih Jelius Ating untuk memastikan Sabah membawa pulang kemenangan dari Liga Perdana, khususnya untuk memulihkan kedudukan pasukan negeri ini yang kini semakin menghampir­i zon pengikiran ke Liga Divisyen III kebangsaan.

“Memang semestinya kita memerlukan kemenangan (ini) untuk perlawanan pertama semenjak rehat bulan puasa. Jadi, apabila kita mendapat satu keputusan yang positif (menang), secara automatikn­ya kita akan dapat satu motivasi untuk pasukan (ini) untuk (menghadapi) perlawanan-perlawanan seterusnya.

“Bagi saya dalam beberapa perlawanan terakhir (liga) ini, kita perlu memenangi seberapa banyak perlawanan yang boleh untuk (yang) pertamanya kekal dalam Liga Perdana, dan keduanya perbaiki ranking kita di carta liga.

“Bagi saya apa yang kita buat tahun ini (juga) adalah persiapan untuk bentuk pasukan lebih baik untuk tahun hadapan, jadi bergantung sejauh mana apa yang kita buat pada tahun ini,” jelas beliau ketika ditemui semasa menyelengg­arakan latihan skuad senior di sini pada petang Rabu.

“Kesemua pemain boleh beraksi termasuk keempat- empat import luar (negara) kita. Saya sangat bersyukur kerana kita dapat bermain dengan keempat-empat pemain ini dalam liga kerana sebelum ini kita cuma main dengan dua import (Lee Gil Hoon and Heo Jaenyeong) sahaja.

“Jadi kita mendaftar dua lagi pemain import untuk memenuhi kuota import antarabang­sa yang diberikan kepada kita. Ini merupakan satu perlawanan di mana kita (akan) menggunaka­n keempat-empat mereka.

“Jadi, buat masa ini kesemua boleh main, tapi Jenius Karib masih sakit dan kalau dia datang mengikuti latihan hari ni (Rabu), (beliau) mungkin boleh dapat tempat dalam pasukan. Kalau tiada, kita akan buat sedikit rombakan, tetapi bagi saya tiada masalah kerana kita juga ada pemain-pemain yang boleh main di posisi itu (pertahanan kiri), kita ada Randy Baruh dan Alto Linus yang boleh bermain di posisi itu juga,” tambah Jelius.

“Bagi saya juga, ini merupakan kesebelasa­n terkuat kita (melawan PDRM), tapi bagi saya sebenarnya, dalam bola, saya bentuk pasukan itu tidak bergantung kepada sebelas pemain sahaja, kalau ada yang boleh bermain baik maka dia mengisi kesebelasa­n utama saya.

“Saya sentiasa memberi dorongan dan galakan kepada semua pemain untuk memperbaik­i mutu permainan mereka supaya mereka boleh sentiasa bersaing untuk mendapat tempat di kesebalasa­n utama, itu perancanga­n saya untuk pasukan ini,” katanya lagi.

“Memang secara dasarnya, (kita) sudah menampakka­n peningkata­n (sejak cuti satu bulan) apabila kita sudah melengkapk­an pemain import.

“Dari segi keserasian pemain pun ada peningkata­n, cuma apa yang membataska­n kita apabila kita kekurangan perlawanan persahabat­an yang lebih kompetitif untuk pasukan ini.

“Jadi itu merupakan satu kekangan untuk kita memperbaik­i persembaha­n, tapi dengan adanya dua perlawanan persahabat­an itu (melawan Sarawak, di mana Sabah menang 2-1 dan 3-2), sekurangku­rangnya kita sudah melihat bahawa pasukan ini sudah menunjukka­n peningkata­n yang positif, jadi saya harap perkembang­an ini akan berterusan dari satu perlawanan ke perlawanan yang seterusnya,” jelas Jelius.

Sabah sebelum ini telah mengikat dua import antarabang­sa dari Korea Selatan iaitu Gil Hoon dan Jaenyeong dengan dua pemain itu membuat penampilan pertama mereka bersama badak semasa mengharung­i perlawanan liga menentang Kuantan FA pada 24 Mei lalu.

Gil Hoon dan Jaenyong dibawa masuk menggantik­an dua import dari Perancis iaitu Jonathan Behe serta Sofiane Choubani yang gagal mencapai prestasi diharapkan oleh Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA).

SAFA kemudianny­a mengikat dua lagi import antarabang­sa iaitu penyerang dari Serbia, Rodoljub Paunovic dan pertahanan Zambia, Francis Kasonde.

Kedua-dua pemain itu masing-masing menggantik­an pemain tengah dari Jepun, Masaya Jitzono yang meminta untuk dilepaskan dan pemain pertahanan dari Croatia, Igor Cerina yang masih dibelenggu kecederaan serius.

Memang semestinya kita memerlukan kemenangan (ini) untuk perlawanan pertama semenjak rehat bulan puasa. Jadi, apabila kita mendapat satu keputusan yang positif (menang), secara automatikn­ya kita akan dapat satu motivasi untuk pasukan (ini) untuk (menghadapi) perlawanan-perlawanan seterusnya. JELIUS ATING Ketua jurulatih

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia