Jack Black dahului senarai bintang versi baru ‘Jumanji’
Jumanji: Welcome to the Jungle’ pembikinan semula 1995
PELAKON Amerika Syarikat Jack Black ada kasut lawak yang besar untuk diisi dalam projeknya yang akan datang, yang menyaksikannya memegang watak utama dalam ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’, sebuah filem pembikinan semula yang dibarisi bintang bagi komedi popular berkenaan pada 1995 yang dibintangi mendiang Robin Williams.
Black berkata dia hanya menonton filem asal selepas dipilih untuk berlakon dalam filem susulan. Dia menyifatkan Williams sebagai seorang “genius” yang berada “di puncak tenaganya” dalam filem itu.
Filem asal ‘Jumanji’ menyaksikan Williams berlakon sebagai seorang lelaki yang lari dari kurungan di dalam satu permainan papan bertemakan hutan ajaib. Filem baharu menyaksikan premis itu diterbalikkan, dengan watakwatak utama yang memasuki dunia fantasi dalam permainan tersebut.
“Dalam filem ini, kita sebenarnya menjelajah bersama watakwatak ke dalam hutan dan ia sungguh cantik dan berbahaya dan mengujakan,” kata Black kepada Reuters.
Dalam satu lagi perubahan lain daripada filem asal, yang menyaksikan watak Williams memasuki permainan itu sebagai seorang kanak-kanak dan muncul sebagai orang dewasa, filem ini menyaksikan watak-watak kanak-kanak berubah menjadi orang dewasa apabila mereka ditarik ke dalam permainan itu.
Black dan seorang lagi bintang Nick Jonas mempro-mosikan filem itu di Cine Europe 2017, sebuah konvensyen perfileman tahunan yang diadakan di Barcelona.
Selain Black dan Jonas, filem itu memaparkan pelakon berbadan tegap dan sasa, Dwayne ‘The Rock’ Johnson, serta pelawak Kevin Hart.
‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ dijadual ditayangkan di pawagam pada Disember.