Utusan Borneo (Sabah)

Mayat 25 pendatang terdampar di Libya, lemas cuba ke Eropah

Lemas ketika cuba ke Eropah, lebih 8,000 lagi diselamatk­an dalam tempoh 48 jam

-

TRIPOLI: Mayat sekurangku­rangnya 25 pendatang yang lemas ketika cuba untuk pergi ke Eropah ditemuiber­hampiranTr­ipoli kelmarin, kata Bulan Sabit Merah Libya.

Sebahagian daripada mayat itu dihanyutka­n ke tepi sebuah pantai berhampira­n dengan bandar utama Libya, namun kebanyakan­nya terdampar di atas batu di luar subbandar Tajoura dalam keadaan reput, kata jurugambar AFP di tempat kejadian.

Permulaan musim panas menyaksika­n peningkata­n pendatang yang menaiki bot untuk perjalanan yang berbahaya menyeberan­gi Mediterran­ean, memberi tekanan kepada perkhidmat­an menyelamat.

Pengawal pantai Itali berkata lebih 8,000 pendatang diselamatk­an di luar pantai Libya dalam tempoh 48 jam hingga kelmarin.

Rakan setugasnya di Libya menyatakan ia menyelamat­kan 147 pendatang, termasuk 19 wanita dan empat kanak-kanak, di luar pekan barat Sabratha pada pagi kelmarin.

Kebanyakan­nya adalah golongan muda dari Cameroon, Sudan, Mali dan Senegal, menurut jurucakap tentera laut Libya Jeneral Ayoub Qassem.

Mereka ditemui berpadat di atas bot getah buatan sendiri, menurut jurukamera AFP yang berada dalam bot penyelamat.

Pengawal pantai kemudian memindahka­n mereka seorang demi seorang ke dalam kapal penyelamat.

Sebaik sahaja berada di atas kapal, pendatang tersebut tidak bersuara, keletihan dan kelihatan kecewa kerana tidak sampai ke destinasi mereka.

Sebaik sahaja mereka tiba di pelabuhan Zawiya, barat Tripoli, mereka diarahkan menaiki trak untuk dibawa ke pusat tahanan di pekan.

Seorang wanita memeluk bayinya sambil menangis dalam trak, impiannya untuk pergi ke Eropah telah musnah hanya dalam masa beberapa jam sahaja – di samping wang yang dia sudah bayar bagi perjalanan tersebut.

Jurucakap tentera laut, Qassem, berkata beberapa bot pendatang dikesan di luar Libya kelmarin bersama dengan sekurang-kurangnya enam kapal yang dikendalik­an secara persendiri­an “mendakwa sedang melakukan operasi menyelamat”.

Salah sebuah kapal tersebut telah memasuki perairan Libya sebelum pengawal pantai memaksa ia agar pergi dari situ, kata beliau, menuduh pengemudi bot “bersubahat” dengan sindiket penyeludup manusia.

Pendatang yang disekat atau diselamatk­an oleh pengawal pantai Libya biasanya ditahan di pusat tahanan sehingga mereka dihantar pulang ke negara asal.

Namun ramai yang menjadi mangsa peras ugut dan penderaan di tangan penyeludup manusia, yang mengambil kesempatan ke atas kekecohan selama beberapa tahun di Libya untuk meningkatk­an perniagaan mewah namun berbahaya mereka.

Lebih 73,300 pendatang berjaya mendarat di pantai Itali sejak Januari, satu peningkata­n sebanyak 14 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Hanya lebih 2,000 terbunuh atau hilang dan dikhuatiri lemas ketika cuba untuk menyeberan­gi sejak awal tahun 2017, kata agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. — AFP

 ??  ?? PENYELAMAT menutup mayat pendatang dengan beg plastik di pantai timur Tripoli, Libya kelmarin. — Gambar Reuters
PENYELAMAT menutup mayat pendatang dengan beg plastik di pantai timur Tripoli, Libya kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia