Utusan Borneo (Sabah)

Cedera anak kandung, lelaki tempatan dipenjara 24 bulan

-

SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin atas dua kesalahan mendera anak kandungnya.

Bagaimanap­un, tertuduh diperintah­kan untuk menjalani hukuman secara serentak bermula dari tarikh ditangkap.

Majistret Faelly Jeffrey Lanjungan menjatuhka­n hukuman itu ke atas Mohd Yunos Md Said, 37, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu kira-kira jam 3 petang pada 17 Jun lepas di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Nunuyan Laut, di sini.

Berdasarka­n fakta kes, isteri tertuduh membuat laporan polis apabila tertuduh bertindak memukul dua orang anak perempuann­ya yang masing-masing berumur 12 dan 8 tahun dengan menggunaka­n tali pinggang.

Dalam kejadian itu, isteri tertuduh cuba menghalang, bagaimanap­un tidak berjaya dan tertuduh terus memukul anak-anaknya. Akibat kejadian itu, anak-anak mangsa mengalami kesan lebam di tubuh badan.

Tertuduh kemudian ditangkap sepasukan anggota polis di tepi Jalan Sungai Batang, Batu 10 pada 22 Jun kerana terlibat kes penderaan kanak-kanak.

Hasil siasatan mendapati tertuduh mengaku berbuat demikian akibat tekanan perasaan. Isteri tertuduh juga memberitah­u tertuduh sering memukul anak-anaknya atas kesalahan kecil selain sering marah tanpa sebab.

Atas kesalahan itu, Mohd Yunos didakwa berdasarka­n Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntu­k hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau keduaduany­a sekali.

 ?? Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA ??
Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia