Utusan Borneo (Sabah)

Elak terlibat militan Daesh Peringatan Hamisa kepada rakyat di negeri ini

- DATUK HAMISA SAMAT

TAWAU: Masyarakat di negeri ini diminta tidak terlibat dengan Daesh dan perlu berhati-hati dengan pengaruh militan yang semakin berleluasa.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata ia kerana penglibata­n rakyat dalam perjuangan merupakan satu kerugian besar kepada negara.

“Daesh boleh menyebabka­n huru-hara sehingga mengganggu keharmonia­n negara ini, justeru adalah menjadi tanggungja­wab kita bersama untuk membantu anggota keselamata­n negara untuk memantau kegiatan militan Daesh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Jalan Datuk Titingan, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Hamisa memberitah­u tradisi rumah terbuka yang dihadiri rakyat berbilang kaum ketika ini mampu membantu meningkatk­an lagi perpaduan masyarakat Malaysia.

Tambah beliau, penganjura­n majlis itu bukan sahaja dapat memperkuku­hkan hubungan kekeluarga­an tetapi mengeratka­n lagi hubungan antara sahabat handai dan jiran tetangga di sesuatu kawasan.

“Ini adalah cara terbaik dalam menjalinka­n semangat perpaduan serta menghapusk­an prasangka buruk,” katanya.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata anggota masyarakat perlu menjaga perpaduan kerana aspek itu adalah kunci untuk mengekalka­nkestabila­nnegara yang seterusnya membawa kepada pembanguna­n dan kemakmuran tanah air.

Beliau berpendapa­t tradisi rumah terbuka adalah petua yang boleh mengeratka­n perpaduand­anmengkiki­ssikap prejudis antara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

“Aidilfitri ini bukan untuk diraikan oleh umat Islam sahaja. Sebenarnya, ia sudah menjadi budaya bahawa Hari Raya ini disambut dan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk yang bukan beragama Islam,” katanya.

Jelasnya, amalan saling mengunjung­i merupakan budaya yang sudah lama kita amal dan ia merapatkan silaturrah­im antara berbilang kaum serta agama.

Beliau mengingatk­an generasi muda agar terus mengekalka­n tradisi berkenaan. Tradisi itu bukan sesuatu yang lapuk atau ketinggala­n zaman tetapi harus dikekal agar semangat meraikan pelbagai perayaan dapat dilakukan bersama.

“Tradisi ini bukan sahaja diamalkan pada Hari Raya, malah kita amat bertuah kerana berpeluang meraikan pelbagai perayaan lain seperti Tahun Baharu Cina, Krismas dan Pesta Kaamatan,” katanya.

Turuthadir,SpeakerDew­an Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching, Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia Tawau Krishna Djelani, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Titingan, dan Adun Sebatik Datuk Abdul Muis Picho.

Kira-kira 2,000 penduduk berbilang kaum menghadiri majlis itu yang turut dihadiri pemimpin masyarakat serta kakitangan kerajaan.

Daesh boleh menyebabka­n huru-hara sehingga mengganggu keharmonia­n negara ini, justeru adalah menjadi tanggungja­wab kita bersama untuk membantu anggota keselamata­n negara

Daesh” untuk memantau kegiatan militan

 ??  ?? HAMISA beramah mesra dengan tetamu yang hadir di rumah terbuka beliau.
HAMISA beramah mesra dengan tetamu yang hadir di rumah terbuka beliau.
 ??  ?? Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat HAMISA bergambar dengan tetamu kenamaan yang hadir sempena majlis itu.
Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat HAMISA bergambar dengan tetamu kenamaan yang hadir sempena majlis itu.
 ??  ?? HAMISA bersama dengan sebahagian anggota pasukan keselamata­n yang hadir.
HAMISA bersama dengan sebahagian anggota pasukan keselamata­n yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia