Utusan Borneo (Sabah)

Wanita BN Sabah

senarai 20 calon Untuk bertanding dalam PRU-14 akan datang

- Oleh YAP SIONG HAN DATUK ARMANI MAHIRUDDIN Pengerusi Wanita BN Negeri

Saya telah kemukakan 20 calon muka baharu dan lama kepada Shahrizat untuk dipertimba­ngkan yang diyakini berpotensi. Calon-calon ini mempunyai kewibawaan dan berpotensi.

PWanita Barisan Nasional (BN) Sabah sudah mengemukak­an senarai 20 calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengerusi Wanita BN Negeri Datuk Armani Mahiruddin berkata senarai itu yang terdiri daripada muka baharu dan lama telah dikemukaka­n kepada Pengerusi Wanita BN Pusat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

“Saya telah kemukakan 20 calon muka baharu dan lama kepada Shahrizat untuk dipertimba­ngkan yang diyakini berpotensi.

“Calon-calon ini mempunyai kewibawaan dan berpotensi,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamanny­a di Penampang, malam Rabu lalu.

Beliau yang Ketua Pergerakan Wanita Umno Negeri berkata pihaknya sentiasa dalam keadaan bersiap-siaga sekiranya PRU diadakan pada bila-bila masa.

Jelasnya, jentera Wanita Umno dan BN adalah tulang belakang parti dan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga membantu BN bagi memastikan kemenangan besar pada pada PRU nanti.

“Saya selaku Ketua Wanita Umno Sabah ingin memberitah­u bahawa sayap parti keramat Melayu ini telah bersiap siaga. Kita turun padang dari semasa ke semasa bertemu rakyat.

“Selain itu, pendekatan Jalinan Rakyat atau JR Plus juga memberi nilai tambah kepada usaha kita mendekati rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada beliau juga disenarai sebagai salah seorang calon baharu, Armani menyerahka­n perkara itu kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Hadir sama di majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, barisan kepimpinan Wanita Umno Sabah serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? (atas& bawah) ARMANI menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada rumah terbuka itu.
(atas& bawah) ARMANI menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada rumah terbuka itu.
 ??  ?? ARMANI (kanan) menghidang­kan makanan kepada tetamu yang hadir sambil ditemani suami, Hussain Sukan (kiri).
ARMANI (kanan) menghidang­kan makanan kepada tetamu yang hadir sambil ditemani suami, Hussain Sukan (kiri).
 ??  ?? SEBAHAGIAN tetamu yang hadir di rumah terbuka itu.
SEBAHAGIAN tetamu yang hadir di rumah terbuka itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia