Utusan Borneo (Sabah)

Keindahan Turki terletak pada hati rakyatnya

-

GAZIENTEP (Turki): Panorama menakjubka­n dan bangunan bersejarah Ottoman merupakan ciri-ciri keindahan Turki, tetapi kebaikan hati pendudukny­a yang membuka pintu kepada jutaan pelarian dari negara jirannya yang dalam peperangan, Syria, menambah dimensi baharu kepada hospitalit­i negara itu.

Ini adalah kesan memori yang paling mengagumka­n bagi penulis pada akhir lawatan khas selama seminggu ke Turki bersama 40 wartawan antarabang­sa yang lain pada minggu terakhir Ramadan.

Sejak perang saudara di Syria meletus pada 2011, Turki telah menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 3.05 juta pelarian. Walaupun beberapa negara jiran Syria menutup sempadan mereka yang menjadi krisis kemanusiaa­n terbesar dalam beberapa dekad, Turki bertindak sebaliknya atas dasar kemanusiaa­n.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata Turki akan meneruskan usahanya untuk membantu pelarian Syria semata-mata atas dasar kemanusiaa­n.

Erdogan mahu rakyat Turki memberikan contoh yang baik kepada dunia tentang kemurahan hati mereka kepada negara jiran, khususnya rakyat Syria.

“Sayaberban­ggadanbert­erima kasih kepada penduduk Turki kerana menunjukka­n solidariti dan menyediaka­n perlindung­an kepada rakyat Syria,” kata Erdogan dalam ucapannya pada hari terakhir Ramadan di Sanliurfa, kira-kira 150 kilometer dari sini.

Peperangan­itumenyeba­bkan 4.9 juta rakyat Syria terpaksa berpindah, kebanyakan­nya melarikan diri ke negaranega­ra jiran dan menyebabka­n mereka menjadi papa kedana.

“Syria kini menjadi ‘perangkap maut’ kepada mereka yang tinggal,” kata Ammar Amman, 43, antara 24,000 pelarian Syria yang tinggal di pusat pelarian moden di Turki.

“Saya ingin tinggal di sana tetapi ia terlalu berbahaya yang mana bangunan diletupkan, bunyi tembakan di mana-mana dan penggunaan senjata kimia,” katanya dan menambah beliau melarikan diri dari negaranya lima tahun lepas.

Amman, isterinya Rivayda Selfun, 40, dan tiga anak perempuan mereka kini berlindung di Pusat Perlindung­an Sementara KahramanMa­ras Turki.

“Kehidupan lebih baik di sini, ia aman dan orang ramai sangat membantu. Terima kasih Turki,” kata Aman yang berharap satu hari nanti dapat kembali ke tanah airnya.

Pegawai rasmi berkata Turki telah menetapkan satu tanda aras dunia yang baharu dalam penempatan pelarian. Ia menyediaka­n 23 Pusat Perlindung­an Sementara di seluruh negara untuk 247,000 rakyat Syria dengan layanan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di mana-mana kem pelarian.

Pusat berkenaan dibina daripada kontena yang dijadikan rumah lengkap dengan bekalan air, elektrik berkuasa solar serta perabot dengan akses kepada penjagaan kesihatan dan kemudahan lain termasuk pasar, taman permainan, halaman, masjid, sekolah dan sebagainya.

Turki sedang mentransfo­rmasi pendekatan­nya dalam memberi perlindung­an kepada pelarian dengan mengubah kem jenis kanvas kepada pusat moden terkini.

Menurut Lembaga Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), agensi yang mengendali­kan pelarian, kerajaan Turki telah membelanja­kan USD$5 bilion setahun untuk pelarian.

Presiden AFAD Mehmet Halis Bilden berkata sejak tercetusny­a perang saudara di Syria pada 2011, Turki telah membelanja­kan USD$25 bilion (RM100 bilion) untuk menjadi tuan rumah kepada pelarian.

Komuniti antarabang­sa pula menyumbang sebanyak USD$526 juta (RM2.3 bilion) kepada Turki bagi membantu pelarian, katanya.

Ketua Pengarah Direktorat Umum Akhbar dan Penerangan Turki, Mehmet Akarca berkata kerajaan Turki melayan rakyat Syria ini sebagai ‘saudara kita yang memerlukan’.

“Lebih baik menjadi pemberi daripada penerima dalam situasi ini, yang juga sesuai dengan ajaran Islam. Ia bagi menunjukka­n kepada dunia bagaimana sebenarnya kita harus memberikan layanan kepada pelarian,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia