Utusan Borneo (Sabah)

Helikopter gugur grenad ke atas Mahkamah Agung: Maduro

-

CARACAS: Sebuah helikopter telah menggugurk­an dua grenad ke atas bangunan Mahkamah Agung di Venezuela dalam “serangan pengganas” terhadap kerajaan, Presiden Nicolas Maduro menyatakan dalam satu ucapan pada Selasa, sambil menambah bahawa senjata itu gagal untuk meletup.

“Saya mengerahka­n seluruh pasukan bersenjata agar mempertaha­nkan kedamaian,” menurut beliau dalam kenyataan yang dihantar dari istana presiden Miraflores.

Maduro berkata beliau telah mengarahka­n pihak tentera agar bersedia untuk memberi respons terhadap serangan itu.

“Lambat-laun, kita akan memberkas helikopter tersebut dan mereka yang melakukan serangan keganasan ini,” tegas beliau.

Beliau tidak menyatakan bila serangan itu dilakukan, dan berkata tiada sesiapa yang tercedera dan grenad itu gagal untuk meletup.

Dalam ucapannya, Maduro, 54, berkata sebagai tambahan kepada serangan ke atas mahkamah tinggi Venezuela, helikopter tersebut terbang di atas Kementeria­n Kehakiman dan Dalam Negeri.

Presiden yang tertekan itu, yang selama beberapa minggu menyebut tentang rancangan rampasan kuasa terhadap beliau, berkata pesawat itu diterbangk­an oleh juruterban­g yang bekerja untuk bekas menteri dalam negeri dan kehakiman, Miguel Rodriguez Torres, yang sudah berpaling tadah.

Pada awal Selasa, Maduro beberapa kali mendakwa ada cubaan rampasan kuasa yang disokong oleh Amerika Syarikat dan memberi amaran kepada Presiden Donald Trump bahawa Venezuela akan menentang balik sebarang tindakan sebegitu. — AFP

 ??  ?? GAMBAR pegun video menunjukka­n helikopter polis terbang di atas Mahkamah Agung selepas ‘serangan pengganas’ ke atas bangunan itu di Caracas kelmarin.
GAMBAR pegun video menunjukka­n helikopter polis terbang di atas Mahkamah Agung selepas ‘serangan pengganas’ ke atas bangunan itu di Caracas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia