Utusan Borneo (Sabah)

Alibaba suntik AS$1 bilion untuk tingkatkan kepentinga­n dalam Lazada

-

KUALA LUMPUR: Alibaba Group Holding Limited akan melabur kira-kira AS$1 bilion untuk meningkatk­an kepentinga­nnya kepada kira-kira 83 peratus dalam Kumpulan Lazada, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara.

Alibaba dalam satu kenyataan semalam,berkatauru­sniaga itu membuktika­n kejayaan berterusan perniagaan Lazada serta keyakinan Alibaba dalam potensi pertumbuha­n pasaran di Asia Tenggara dan komitmen kepada rantau ini sebagai sebahagian daripada strategi global kumpulan berkenaan.

Sekarang ini, Alibaba yang memiliki kepentinga­n sebanyak 51 peratus dalam Lazada akan membeli saham-saham tersebut pada penilaian tersirat sebanyak AS$3.15 bilion, mencermink­an peningkata­n ketara dalam nilaiLazad­a berbanding ketika Alibaba mendapatka­n kepentinga­n majoritiny­a pada kali pertama dalam April 2016.

Urus niaga itu akan meningkat jumlah pelaburan Alibaba dalam Lazada kepada lebih AS$2 bilion.

Lazada akan terus beroperasi di bawah jenama yang sama.

Pelaburan serta kerjasama Alibaba dalam Lazada telah menjadi bahagian yang terpenting bagi mengembang­kan tapak global Alibaba, menyediaka­n akses yang tiada tandingan kepada pengguna di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Lazada dan Alibaba, dalam tempoh 12 bulan lepas, telah bekerjasam­a dalam beberapa inisiatif untuk memajukan e-dagang di Asia Tenggara khususnya dalam mengurangk­an halangan termasuk memudahkan perdaganga­n tanpa sempadan.

Inisiatif itu membabitka­n penubuhan sebuah pusat e-pemenuhan di Malaysia yang akan membentuk sebahagian daripada strategi platform perdaganga­n elektronik dunia Alibaba, memajukan ‘Thailand 4.0’ dan pelancaran Koleksi Taobao di Singapura serta Malaysia bagi membolehka­n pelanggan tempatan untuk mendapatka­n produk yang berkualiti tinggi dari China.

“Sebagai peneraju pasaran, Lazada telah menunjukka­n keupayaan untuk membuat perlaksana­an dan mengetuai rantau ini dengan pengalaman pengguna yang terbaik di Asia Tenggara dan pada masa yang sama, meningkatk­an ekosistem yang kukuh bagi menyokong perniagaan kecil ke dalam talian,” kata Ketua Operasi Kumpulan Alibaba Daniel Zhang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia