Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki cuba bunuh diri diberkas polis

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan meletakkan sebilah pisau dilehernya berjaya ditahan pihak polis di Pulau Kampung Tanjung Batu, kelmarin.

Suspek yang berumur 25 tahun seorang warga Filipina mengalami kecederaan di bahagian leher akibat terkena pisau berkenaan ketika diberkas oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner­MohdAzharH­amin berkata Pasukan Polis Marin Sandakan telah menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.30 pagi.

“Pegawai Pemerintah Marin Sandakan, ASP Mazre telah mengarahka­n empat anggotanya menggunaka­n bot ronda PGR07 ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata apabila sampai di lokasi mendapati suspek telah meletakkan sebilah pisau di bahagian lehernya dan menggugut di mana sesiapa menghampir­inya suspek akan mengelar lehernya.

“Pihak polis marin cuma berunding dengan suspek tetapi tidak berjaya,” katanya.

Beliau berkata kira-kira jam 12.30 tengahari, apabila anggota polis marin cuma bertindak menangkap suspek di mana suspek telah terjatuh ke dalam perahu dan mengelar lehernya.

“Anggota polis marin yang dibantu empat anggota polis marin dari bot ronda PSC 63 telah berjaya menangkap suspek,” katanya.

Azhar berkata suspek telah dibawa ke hospital bagi menerima rawatan akibat kecederaan kecil di bahagian lehernya.

“Suspek kini ditahan di balai polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau memberitah­u siasatan awal mendapati suspek mempunyai masalah dan menghadapi tekanan perasaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia