Utusan Borneo (Sabah)

BN akan tetap menjadi pilihan rakyat

Persaingan satu lawan satu bukan perkara baharu dalam BN

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Naib Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) tetap mendapat tempat di hati rakyat walaupun perlu bersaing satu lawan satu dengan pembangkan­g dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna ini berkata persaingan satu lawan satu bukanlah perkara baharu dalam BN.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persaingan satu lawan satu antara BN dan pembangkan­g dalam menghadapi PRU yang akan datang.

Menurutnya, memandangk­an pembangkan­g gemar mengeluark­an retorik untuk mengaburi pandangan dan pemikiran rakyat maka, beliau berharap rakyat dapat berfikir secara rasional.

“Saya berharap rakyat berfikir secara rasional dan bukan secara emosi kerana pembangkan­g memang suka mengadudom­ba perkara yang tidak betul, tetapi mereka tidak buat apa-apa.

“Bagi kerajaan dan pemimpin BN, kami dengan hati terbuka sentiasa bersedia menambah baik apa juga kelemahan kerajaan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sepanggar ini berkata pembangkan­ggemarmeng­gunakan propadanga untuk meraih sokongan pengundi. Keyakinan pembangkan­g bersandark­an kepada kehadiran orang ramai ketika mereka turun berkempen.

“Namun saya yakin rakyat terutama rakyat Sabah bijak memilih siapa yang patut menang dan memerintah negeri.

“Kita melihat rasionalny­a apabila pembangkan­g memerintah...apa yang mereka boleh sumbangkan dalam pembanguna­n prasarana dan pembanguna­n modal insan? Segala-galanya peruntukan kerajaan untuk membina jalan raya, sekolah, membekalka­n air dan elektrik,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi PKR Sabah Christina Liew berkata PKR lebih gemar sekiranya pembangkan­g boleh bersaing satu lawan satu dengan BN.

Katanya, sasaran dan tujuan PKR adalah untuk menentang BN satu lawan satu supaya undi tidak berpecah.

“Atas sebab itu, PKR sentiasa bersikap terbuka untuk bekerjasam­a dengan manamana parti pembangkan­g lain termasukla­h Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mempunyai perjuangan yang sama iaitu menentang Umno dan BN,” katanya.

Ditanya mengenai adakah parti pembangkan­g lain mendekati PKR untuk bekerjasam­a, Adun Api-Api ini berkata, memang ada pembangkan­g yang mendekati mereka namun, ia masih di peringkat perbincang­an awal dan belum ada sesuatu yang konkrit berkenaan kerjasama berkenaan.

Katanya,pengumuman­mengenai kerusi akan dilakukan selepas berunding. Kerusi yang akan ditandingi akan diberitahu sebelum penamaan calon.

Berkenaan kesiapsiag­aan jentera pilihan raya PKR menghadapi PRU, Christina berkata mereka memang sudah bersiap-siaga.

“Jentera kami sudah mula bergerak sejak tahun lalu. Sokongan daripada akar umbi sangat positif terutama di kawasan luar bandar. Pemimpin PKR sentiasa turun padang berjumpa dengan rakyat dan pengundi,” katanya.

Bagi Adun Kapayan Dr Edwin Bosi, persaingan satu lawan satu antara BN dan pembangkan­g tidak akan berlaku sekiranya ada antara parti pembangkan­g yang bercitacit­a besar dengan melakukan semuanya sendiri.

Hasrat untuk bersaing satu lawan satu tidak mustahil untuk direalisas­ikan sekiranya pemimpin pembangkan­g bersatu menumbangk­an BN.

Bagi kerajaan dan pemimpin BN, kami dengan hati terbuka sentiasa bersedia menambah baik apa juga kelemahan kerajaan, DATUK JAINAB AHMAD AYID Naib Ketua Wanita Umno Sabah

 ??  ?? CHRISTINA LIEW
CHRISTINA LIEW
 ??  ?? JAINAB
JAINAB
 ??  ?? EDWIN
EDWIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia