Utusan Borneo (Sabah)

Anggota polis terjatuh dari tingkat tiga hospital ketika cuba tahan suspek

-

KEPALA BATAS: Seorang anggota polis cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tiga Hospital Kepala Batas (HKB), di sini ketika cuba menangkap seorang penjenayah yang cuba melarikan diri daripada tahanan polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Azmi Adam berkata dalam kejadian pukul 7 malam itu, Lans Koperal Syed MohamadFar­liSyedAlwi,30, bersama seorang lagi anggota sedang menunggu suspek berusia 59 tahun melakukan pemeriksaa­n kesihatan di wad yang terletak di tingkat tiga hospital itu.

Beliau berkata suspek lelaki itu yang bergari bertindak melarikan diri melalui tingkap wad dan meniti di tepi wad berkenaan.

“Sebaik menyedari tindakansu­spek,anggotapol­is berkenaan cuba mengejar lelaki itu bagaimanap­un mangsa telah terjatuh,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Katanya ekoran kejadian itu, mangsa yang bertugas di bahagian stor barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dirawat di HKB serta dilaporkan stabil.

Azmi berkata suspek itu berjaya ditahan semula oleh seorang lagi anggota polis dengan bantuan pengawal keselamata­n di hospital berkenaan.

“Berdasarka­n pemeriksaa­n lelaki yang ditahan itu mempunyai 17 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya.

Beliau berkata polis juga telah membuka kertas siasatan ke atas lelaki itu menurut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan yang sah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia