Utusan Borneo (Sabah)

APMM bantu pesakit tenat dalam operasi kecemasan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KUDAT: Seorang pesakit yang memerlukan rawatan segera berjaya dibantu Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Kudat untuk dipindahka­n ke Hospital Kudat menggunaka­n Bot Adal Maritim, Sabtu lepas.

Operasi kecemasan berkenaan dijalankan bagi membantu Sakil Among, 58, yang mengalami masalah pendarahan dalaman di paru-paru (Pneumo Haeomothor­ex).

Pengarah Maritim Malaysia Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata lelaki berkenaan mengalami pendarahan dalaman selepas ditimpa kayu semasa memotong kayu di kebun.

Menurutnya, sebelum bantuan dijalankan, Bilik Operasi Daerah Maritim Kudat menerima panggilan kecemasan daripada Dr Wong Biing Sheng yang bertugas di Klinik Kesihatan Karakit Pulau Banggi dekat sini.

Pihaknya dimaklumka­n, bot sedia ada mengalami kerosakan dan memerlukan bantuan APMM untuk menghantar pesakit ke hospital.

Beliau berkata bot Maritim tiba di Jeti Karakit kira-kira jam 6.40 petang sebelum membawa pesakit hingga ke Jeti Marina Kudat sekitar jam 8.40 malam untuk dibawa terus ke Hospital Kudat.

"Maritim Malaysia sentiasa bersedia setiap masa untuk memberi bantuan yang sewajarnya kepada masyarakat dan agensi serta jabatan kerajaan yang lain ketika berlaku kecemasan dan bencana.

"Masyarakat juga perlu melaporkan kepada APMM sekiranya berhadapan dengan sebarang masalah di laut atau menghubung­i talian kecemasan 999," katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin. -

 ??  ?? ANGGOTA APMM membantu pesakit untuk dibawa ke dalam bot.
ANGGOTA APMM membantu pesakit untuk dibawa ke dalam bot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia