Utusan Borneo (Sabah)

MKN akan beri bantuan kepada mangsa kebakaran

- Oleh AMIR ANUAR

T AWAU: Majlis Keselamata­n Negara (MKN) akan tampil menghulurk­an bantuan kemanusiaa­n kepada warga asing yang turut menjadi mangsa kebakaran di Kg Hidayat Laut, Batu 4 Jalan Apas, di sini.

Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata hal itu sudah dinyatakan oleh MKN kepada beliau.

“Pagi tadi (kelmarin), saya sudah mengadakan pertemuan dengan MKN, dan mereka akan berbuat sesuatu untuk memastikan semua pihak dapat pembelaan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berhubung status penempatan yang unik di kampung itu kerana terdapat rumah yang musnah terbakar, sebelum ini didirikan menerusi Skim Penempatan Pelarian Filipina Tawau, Unit Penempatan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidik­an Jabatan Ketua Menteri era pemerintah­an Berjaya.

Penempatan yang didiami oleh warga tempatan itu diakuinya turut menempatka­n pelarianpe­larian perang dari Filipina namun memiliki dokumen pengenalan diri seperti IMM13 dan sebagainya.

“Wakil rakyat di kawasan ini iaitu Adun Balun Datuk Syed Abas Syed Ali juga akan menghubung­i Pusat Zakat Sabah untuk mendapatka­n bantuan kepada semua mangsa tanpa mengira kewarganeg­araan.

“Untuk mangsa yang terdiri daripada warganegar­a Malaysia pula, mereka akan dibantu secara langsung oleh kerajaan dan agensi-agensi berkaitan,” katanya.

Malah, Tawfiq, Syed Abas dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching juga akan menemui kepimpinan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutua­n untuk memohon bantuan segera.

Tawfiq yang juga Ketua Umno Bahagian Tawau berkata Biro Kebajikan Umno Tawau juga sudah digerakkan untuk memberikan bantuan segera penyediaan makanan dan minuman.

“Kita menasihati mangsa kebakaran supaya bersabar walaupun ditimpa musibah dan bersyukur kerana sekurang-kurangnya tidak ada kes kehilangan nyawa berlaku.

“Kepadapend­udukberisi­ko tinggi kebakaran, kita minta berhati-hati dan memastikan peralatan elektrik serta bahan mudah bakar lain sentiasa diperiksa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat, polis, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela, pemimpin kampung dan setempat dan kampungkam­pung berhampira­n yang tampil membantu.

“Kita juga berterima kasih dengan ahli-ahli Umno di kawasan terbabit yang turut berkorban masa dan tenaga hadir ke tempat kejadian membantu walaupun masih di dalam suasana Syawal,” katanya.

 ??  ?? TAWFIQ dan Syed Abas melawat Pusat Pendaftara­n Mangsa-Mangsa Kebakaran Kg Hidayat Laut, Batu 4 Jalan Apas, Tawau.
TAWFIQ dan Syed Abas melawat Pusat Pendaftara­n Mangsa-Mangsa Kebakaran Kg Hidayat Laut, Batu 4 Jalan Apas, Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia