Utusan Borneo (Sabah)

Polis sita motosikal dalam Ops Samseng Jalanan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sebanyak enam motosikal disita polis dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar bandaraya awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kesemua motosikal terbabit ditahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Menurutnya kenderaan yang disita itu membabitka­n kesalahan menunggang tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh, nombor pendaftara­n tidak mengikut peraturan dan modifikasi.

“Antara lokasi yang terlibat termasukla­h Jalan Coastal, Jalan Lintas, Jalan Tuaran Bypass, Jalan Kepayan dan Jalan 1Borneo.

“Sebanyak 64 kenderaan pelbagai jenis diperiksa secara teliti sepanjang oeprasi ini dijalankan dan seramai 68 orang turut diperiksa,” katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata usaha penguatkua­saan akan dijalankan secara berterusan bagi mencegah kegiatan Samseng Jalanan di samping menguatkua­sakan undangunda­ng lalu lintas.

Selain itu jelasnya, operasi berkenaan juga menyasarka­n kepada pencegahan jenayah dan mewujudkan Persepsi Akan Ditangkap (POBC) di lokasi operasi.

Chandra berkata kesemua motosikal yang ditahan akan dirujuk kepada Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) untuk pemeriksan teknikal.

Pada masa sama katanya, ia bagi membolehka­n pemilik kenderaan tampil untuk diambil tindakan kerana membenarka­n seseorang yang tidak memiliki lesen B2 yang sah menunggang.

 ??  ?? MOTOSIKAL yang disita dalam Ops Samseng Jalanan dirujuk ke JPJ untuk tindakan lanjut.
MOTOSIKAL yang disita dalam Ops Samseng Jalanan dirujuk ke JPJ untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia