Utusan Borneo (Sabah)

PANTAU ANCAMAN SIBER

Meskipun belum ada laporan serangan 'Ransomware Wannacry'

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan memandang serius jenayah siber di Malaysia dan telah mengarahka­n Majlis Keselamata­n Negara (MKN untuk memantau segala bentuk ancaman yang berkaitan keselamata­n siber di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak berkata MKN akan memantau ancaman siber bersama agensi-agensi berkaitan berikutan ancaman serangan siber 'Ransomware Wannacry' yang melanda dunia baru-baru ini berkait rapat dengan keselamata­n negara.

“MKN sudah pun membuat kenyataan berhubung hal ini (serangan Ransomware Wannacry). Bagaimanap­un, kita masih tidak menerima apa-apa laporan yang ia berlaku di Malaysia.

“Kerajaan ambil maklum ancaman seperti ini dan kita harus pertahanka­n negara kita dalam soal keselamata­n siber,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamanny­a, malam Sabtu lalu.

Beliau berkata kementeria­nnya melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi kerjasama sepenuhnya kepada MKN untuk melaksanak­an tanggungja­wab itu.

Salleh berkata negara perlu mempunyai tekonologi yang sentiasa dinaiktara­f untuk berhadapan cabaran ancaman siber yang semakin maju.

“Para pengguna dunia siber juga perlu sentiasa berhati-hati agar serangan seumpamany­a dapat dihalang.

“Kadang-kadang, kita dapat pertahanka­n keselamata­n siber negara kita, tetapi selepas itu ada pula terknologi baharu yang muncul.

“Jadi, antara fokus kita dalam menghadapi ancaman seperti ini ialah menaiktara­f teknologi yang kita ada dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut memberikan jaminan bahawa kerajaan sentiasa menjalinka­n kerjasama dengan negara lain dalam usaha menangani ancaman siber.

 ??  ?? SALLEH (kanan) bersalaman dengan tetamu yang tiba di majlis itu.
SALLEH (kanan) bersalaman dengan tetamu yang tiba di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia