Utusan Borneo (Sabah)

Belia aset penting negara

Suara mereka perlu didengar dan diambilkir­a

-

“Jadi,

apa yang perlu kita lakukan sekarang ini ialah kita mesti sentiasa dekat dengan orang muda atau belia ini untuk mendengar apakah yang mereka mahu.

TUARAN: Golongan belia merupakan aset negara yang paling penting kerana merekalah yang akan menentukan pembanguna­n negara pada masa akan datang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor berkata ke arah itu, suara golongan belia kini hendaklah didengar dan diambilkir­a oleh kerajaan sebagai asas kepada agenda pembanguna­n negara.

“Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang ini ialah kita mesti sentiasa dekat dengan orang muda atau belia ini untuk mendengar apakah yang mereka mahu.

“Kita mungkin tidak tahu tetapi mereka lebih tahu apa yang baik untuk mereka di masa depan. Justeru, Transforma­si Nasional 2050 (TN50) menjadi agenda penting bagi merealisas­ikan hasrat itu,” katanya.

Beliau yang juga Adun Sulaman berkata demikian

DATUK SERI HJ HAJIJI HJ NOOR

selepas merasmikan Program Jalinan Mesra sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 di Kampung Penimbawan, di sini.

Sementara itu, Hajiji bersetuju menambahba­ik beberapa kemudahan infrastruk­tur seperti gelanggang futsal, jalan raya dan bekalan paip yang ada di kampung berkenaan selain menyampaik­an peruntukan kewangan kepada Persatuan Belia Wawasan Daerah Tuaran (Penawar) yang menganjurk­an program itu.

Hadir di majlis itu ialah Naib Ketua Umno Bahagian Tuaran Abdul Kassim Hj Razali, Setiausaha Bahagian Johari Saiman dan Pengerusi Penganjur Norjaip Hj Daip.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? HAJIJI menerima cendera kenangan daripada Norjaip.
HAJIJI menerima cendera kenangan daripada Norjaip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia