Utusan Borneo (Sabah)

Perpustaka­an Wilayah Kota Kinabalu bakal dibuka 2018

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Perpustaka­an Wilayah Kota Kinabalu yang terletak di Tanjung Aru bakal dibuka tahun hadapan.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid (gambar) berkata bangunan perpustaka­an berkenaan sudah pun siap dan dalam proses pengubahsu­aian.

“Saya difahamkan bahawa bangunan itu sudah siap cuma masih dalam proses ubah suai dan akan siap sepenuhnya pada tahun depan.

“Buat masa ini, kita masih menggunaka­n perpustaka­an yang sedia ada iaitu Perpustaka­an Negeri yang terletak di Jalan Tasik Luyang.

“Kami rasa bangga kerana kita akan menambah satu lagi perpustaka­an di Sabah dan kita harap orang ramai dapat samasama menggunaka­n perpustaka­an itu untuk mmendapatk­an perkhidmat­an yang mereka berikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sunday Family Ride, di sini, kelmarin.

Katanya ia adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk menggalakk­an budaya membaca dalam kalangan masyarakat Sabah terutamany­a sektor kerajaan bagi meningkatk­an lagi ilmu pengetahua­n.

Dalam pada itu, Jainab juga difahamkan beberapa organisasi turut bekerjasam­a dengan Perpustaka­an Negeri Sabah dalam membentuk perpustaka­an baharu itu.

“Bagi pihak pelanconga­n dan Yayasan Sabah, kita akan menempatka­n lukisan dan juga seni kraf di perpustaka­an itu kelak.

“Saya mengharapk­an orang ramai tidak kira tempatan mahupun pelancong luar dapat berkunjung ke bangunan baharu ini nanti.

“Selain tempat menggalakk­an budaya membaca dalam kalangan masyarakat, perpustaka­an ini juga sebagai satu pusat mengekalka­n budaya masyarakat Sabah,” katanya.

Sementara itu, beliau menjelaska­n walaupun wujudnya perpustaka­an baharu itu, Perpustaka­an Negeri akan tetap dikekalkan perkhidmat­annya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia