Utusan Borneo (Sabah)

1,187 mangsa kebakaran direkodkan sehingga jam 3.45 petang

-

TAWAU: Seramai 1,187 mangsa kebakaran di Kg Hidayat Laut, Batu 4 Jalan Apas di sini, tampil mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau, sehingga jam 3.45 petang, kelmarin.

Mengikut paparan maklumat di Pusat Pendaftara­n Mangsa Kebakaran yang disediakan, angka itu melibatkan 96 keluarga warga tempatan dan 78 lagi keluarga warga asing. difahamkan, proses pendaftara­n mangsa- mangsa kebakaran sudah ditutup jam 6 petang kelmarin, namun mereka yang belum mendaftar boleh berbuat demikian di IPD Tawau.

Buat masa ini, mangsamang­sa ditempatka­n di Dewan Serbaguna Kg Hidayat dan ruang legar Masjid Nurul Hidayah Kg Hidayat, tetapi ada di antara mereka yang menumpang di rumah keluarga masingmasi­ng.

Ahli Parlimen T awau Datuk Mary Yap Kain Ching yang turut melawat lokasi kejadian merakamkan simpati kepada mangsa-mangsa kebakaran dan berharap semua mangsa bersabar.

“Kita berterima kasih kerana banyak bantuan sudah diberikan daripada jabatanjab­atan dan agensi-agensi berkaitan termasuk Pejabat Parlimen Tawau, DUN Balung dan DUN Apas.

“Memang ini salah satu khabar yang menyedihka­n tetapi kita di Barisan Nasional berusaha berganding bahu untuk membantu mangsamang­sa kebakaran,” katanya.

Pegawai Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tawau Hussain Mohd Noor merangkap Sekretaria­t Pengurusan Bencana Daerah Tawau berkata pusat penerimaan bantuan kini sudah dibuka semenjak jam 9.45 pagi kelmarin.

“Di pusat pendaftara­n ini kita amat mengalu-alukan bantuan segera seperti air mineral, beras, sardin, sayur, ikan masin, sabun cuci, sabun mandi, berus dan ubat gigi, tuala, sarung dan sebagainya.

“Di pusat penempatan sementara pula, kita memerlukan bantuan seperti selimut, pakaian asas, bantal, tilam dan yang berkaitan,” katanya.

Hussain berkata pihakpihak yang hendak tampil menghulurk­an bantuan juga diharap dapat berhubung kepada APM terlebih dahulu untuk tujuan kerja-kerja rekod dijalankan.

Selain APM dan polis, turut hadir adalah 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), 26 RAMD, 2 Rejimen Sempadan, Klinik Kesihatan Tawau, Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau, Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri, Majlis Perbandara­n Tawau dan Umno Tawau.

 ??  ?? KETUA Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam mendapatka­n penerangan daripada pegawai Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri di lokasi.
KETUA Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam mendapatka­n penerangan daripada pegawai Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri di lokasi.
 ??  ?? PENGAGIHAN bantuan makanan diuruskan oleh APM yang juga bertindak di bawah Sekretaria­t Pengurusan Bencana Daerah yang dipengerus­ikan Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Alijus Sipil.
PENGAGIHAN bantuan makanan diuruskan oleh APM yang juga bertindak di bawah Sekretaria­t Pengurusan Bencana Daerah yang dipengerus­ikan Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Alijus Sipil.
 ??  ?? MARY Yap memerhatik­an kemusnahan kediaman penduduk di Kg Hidayat Laut, Batu 4 Jalan Apas, akibat kebakaran pada 1 Julai lepas.
MARY Yap memerhatik­an kemusnahan kediaman penduduk di Kg Hidayat Laut, Batu 4 Jalan Apas, akibat kebakaran pada 1 Julai lepas.
 ??  ?? HUSSAIN dan Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Faisal Ahmad berbincang mengenai perkembang­an terkini jumlah mangsa yang berdaftar.
HUSSAIN dan Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Faisal Ahmad berbincang mengenai perkembang­an terkini jumlah mangsa yang berdaftar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia