Utusan Borneo (Sabah)

Serah kepada pimpinan tertinggi Memutuskan calon kerusi Parlimen Sepanggar pada PRU-14 Sehingga ke hari ini, saya masih bekerja keras untuk memastikan mesej (bantuan dan khidmat untuk rakyat) daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sampai ke a

- DATUK JUMAT IDRIS Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Calon untuk kerusi Parlimen Sepanggar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi membuat keputusan yang wajar.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Sepanggar, pelbagai tanggungja­wab telah dilaksanak­an secara amanah dan sebaik mungkin.

“Sehingga ke hari ini, saya masih bekerja keras untuk memastikan mesej (bantuan dan khidmat untuk rakyat) daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sampai ke akar umbi.

“Tercalon atau tidak bukan persoalann­ya, apa yang penting untuk saya adalah terus bekerja demi Barisan Nasional (BN) agar siapa pun calon daripada kerajaan yang diletakkan di kawasan ini akan terus mendapat mandat daripada rakyat,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamanny­a, malam Sabtu lalu.

Beliau berkata walaupun parti pembangkan­g kini bekerja keras di Sepanggar untuk memenangi hati pengundi di kawasan itu, namun BN masih lagi relevan dalam kalangan pengundi.

Tidak dinafikan bahawa ramai yang sudah termakan pujukan pihak pembangkan­g, rakyat pula berhak menentukan mana satu pilihan mereka tetapi beliau percaya BN masih menjadi pilihan pengundi di Sepanggar.

“Pejabat saya telah merangka pelbagai program bagi memastikan setiap lapisan masyarakat di akar umbi sentiasa mendapat pembelaan daripada kerajaan.

“Antara inisiatif yang dilakukan adalah Program Rumah ke Rumah yang telah membantu lebih 6,000 orang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dan Program Jumat Singgah Kampung yang telah dilaksanak­an pada tahun lepas di DUN Inanam.

“Saya percaya BN masih relevan dan akan terus diberikan mandat baik di peringkat DUN dan Parlimen oleh rakyat di sini.

“Buktinya, parti-parti komponen BN di Sepanggar sentiasa bekerjasam­a berganding bahu mendekati rakyat sejak awal lagi,” katanya.

Pihaknya selaku wakil kerajaan tidak akan sama sekali mengabaika­n tanggunjaw­ab dan tidak mungkin hanya mendekati rakyat apabila tiba masa PRU kerana itu bukan budaya kerja BN di Sepanggar.

 ??  ?? JUMAT (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah Inanam Fredolin Totin (tiga kanan) serta tetamu lain di majlis itu.
JUMAT (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah Inanam Fredolin Totin (tiga kanan) serta tetamu lain di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia