Utusan Borneo (Sabah)

Benarkan pasukan PBB siasat Dakwaan terbaharu penindasan terhadap etnik muslim Rohingya

-

MELAKA: Pertubuhan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menggesa Kerajaan Myanmar memberi kebenaran kepada pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat dakwaan terdapat insiden terbaharu penindasan oleh pasukan keselamata­n negara itu terhadap etnik Muslim Rohingya.

Presiden DMDI, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam berkata Myanmar sebagai sebuah negara yang telah lama menyertaiA­SEANsepatu­tnya memahami prinsip demokrasi yang diamalkan oleh semua negara anggota kumpulan serantau itu.

“Dalam hal sebegini, Kerajaan Myanmar sepatutnya perlu bersikap lebih terbuka dan memberi kerjasama dengan pasukan penyiasat PBB,”katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ketua

TAN SRI MOHD ALI MOHD RUSTAM

Bahagian UMNO Bukit Katil yang juga disandang beliau, di sini kelmarin.

Turut hadir pada majlis tersebut Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Katanya pihak DMDI telah menyuaraka­n isu berhubung penindasan etnik Rohingya sejak tahun lepas dan berharap kerajaan Myanmar bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak PBB.

Laporan media menyebut bahawa Myanmar menghalang kemasukan anggotapen­yiasatPert­ubuhan Bangsa-BangsaBers­atu(PBB) yang memberi fokus kepada dakwaan pembunuhan, rogol dan penyiksaan oleh pasukan keselamata­n negara itu terhadap etnik Muslim Rohingya.

Bernama semalam melaporkan Ahmad Zahid berkata Kerajaan Malaysia sedang menunggu laporan daripada Wisma Putra berhubung perkembang­an terbaharu isu penindasan etnik Rohingya di Myanmar.Bernama

Dalam hal sebegini, Kerajaan Myanmar sepatutnya perlu bersikap lebih terbuka dan memberi kerjasama dengan pasukan penyiasat PBB Presiden DMDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia