Utusan Borneo (Sabah)

MPPG kukuhkan sistem pentadbira­n bebas rasuah menerusi perkhidmat­an dalam talian

-

JOHOR BAHRU: Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG) mengambil langkah proaktif dalam memperkasa­kan sistem pentadbira­nnya agar lebih kukuh demi membantera­s gelaja rasuah secara menyeluruh.

Yang Dipertua MPPG Hasrin Kamal Hashim berkata satu daripada pendekatan yang dijalankan oleh MPPG adalah memperkena­lkan perkhidmat­an dalam talian yang melibatkan pelbagai jenis urusan.

“Kita merangka sistem rangkaian dalam talian kita sejak tahun lalu dan telah diperkenal serta dikuatkuas­akan sejak April tahun ini. Jadi segala urusan seperti pengiklana­n, penjualan tender dan bayaran untuk pembelian dokumen sebut harga semuanya dijalankan secara dalam talian.

“Jadi tidak akan ada kakitangan yang bersemuka dengan mana-mana kontraktor kerana semuanya dilakukan dalam talian. Kontraktor hanya perlu membuat pendaftara­n dalam talian berserta lesen mereka jadi proses kerja kita juga pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah MPPG dan Majlis Pelancaran ‘No-Gift Policy’ di Dewan Al-Hamra Menara Aqabah di sini kelmarin.

Terdahulu, beliau mengetuai bacaanikra­rbebasrasu­ahwarga MPPG yang turut disaksikan oleh Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor Datuk Azmi Alias.

Menurut Hasrin, beliau mahu MPPG dilihat sebagai satu entiti yang mempunyai integriti dan cemerlang dari segi perkhidmat­an yang ditawarkan­dimatamasy­arakat, selain menjadi contoh kepada badan-badan lain.

“No-Gift Policy ini telah dilaksanak­an sejak tahun 1998 mengikut Pekeliling Perkhidmat­an Bilangan 3 Tahun 1988 di mana pegawai awam tidak dibenarkan menerima sebarang bentuk hadiah yang berhubunga­n dengan tugas rasminya dan kita di peringkat MPPG hari ini hanya mengukuhka­n kembali perkara tersebut.

“Jika dibandingk­an dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain, mereka masih menjalanka­n perkhidmat­an secara tradisiona­l sedangkan MPPG telah menjalanka­n urusan secara dalam talian. MPPG juga merupakan satu daripada PBT yang kurang mendapat aduan mengenai perkhidmat­an dan salah laku kakitangan dan kita berharap prestasi ini akan dapat kita tingkatkan lagi,” jelasnya.

Majlis bacaan ikrar tersebut turut dihadiri lebih 400 kakitangan dan pegawaipeg­awai kanan MPPG.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia