Utusan Borneo (Sabah)

Aidilfitri: SADA selesaikan 80 peratus gangguan air

-

ALOR SETAR: Semua aduan pengguna mengenai gangguan bekalan air di Kedah sepanjang perayaan Aidilfitri ini dapat diselesaik­an sehingga 80 peratus.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga dan Perumahan negeri Datuk Badrul Hisham Hashim berkata pelan kontingens­i yang dirancang sebelum musim perayaan itu memberikan hasil positif dalam mengatasi gangguan air.

“Tahun ini adalah yang terbaik memandangk­an persediaan awal kerajaan negeri dan Syarikat Air Darul Aman Sdn.Bhd (SADA) serta pelbagai agensi lain bagi menangani krisis air dengan efisien,”katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Kedah di Mentaloon di sini, kelmarin.

Beliau berkata pam penggalak yang dipasang di kawasan bertekanan air rendah, kekerapan agihan serta penambahan jumlah lori menghantar air dan penyerahan 1,000 tangki air kepada penduduk yang terjejas nyata banyak membantu menyelesai­kan gangguan air berkenaan.

“Bagi kawasan yang masih mengalami masalah, kita minta bersabar kerana kami sedang menyelesai­kannya dari semasa ke semasa dan secara berperingk­at.

“Pada masa sama, kerajaan negeri menerima peruntukan khas kirakira RM600 juta daripada kerajaan Persekutua­n untuk menangani isu bekalan air dalam tempoh jangka masa panjang,” katanya.

Badrul Hisham berkata kerajaan negeri juga akan membuka tender untuk menaik taraf lima loji sedia ada dan membina loji baharu di Pokok Sena dalam tempoh dua bulan lagi.

“Kita tidak mahu perkara ini dimanipula­si oleh mana-mana pihak. Saya sudah mengarahka­n SADA memberi taklimat kepada wakil-wakil rakyat pembangkan­g mengenai situasi ini,” katanya.

Sejak lima tahun lepas, kawasan Kota Setar, Pokok Sena, Kuala Nerang dan Pendang akan mengalami masalah bekalan air sebelum dan semasa Aidilfitri kerana penggunaan­nya meningkat sehingga 30 peratus berikutan ramai perantau pulang ke kampung menyambut lebaran.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia