Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an memalu gong bersempena Karnival Kebudayaan Begoh

-

KUCHING: Penganjur Karnival Kebudayaan Bengoh kali ke-3 mempelawa penyertaan bagi pertanding­an memalu gong dan tarian kebudayaan Bidayuh yang akan diadakan semasa karnival itu berlangsun­g dari 21 hingga 23 Julai ini.

Penyelaras pertanding­an, Aloysious Kuyong berkata pertanding­an itu hanya terbuka kepada kumpulan kebudayaan Bidayuh dari daerah Penrissen, Padawan, Samarahan, Serian, Siburan, Bau serta Lundu, dan terhad kepada 20 kumpulan sahaja.

Beliau berkata pertanding­anitumenaw­arkan hadiah wang tunai RM1,000, RM700 dan RM500 masingmasi­ng kepada juara, naib juara dan tempat ketiga, manakala peserta yang menduduki tempat keempat hingga lapan akan menerima RM100 setiap pasukan.

Aloysious berkata pertanding­an itu bertujuan mengetenga­hkan keunikan budaya dan warisan setempat kepada pelawat dari dalam dan luar negara ke Karnival Kebudayaan Bengoh.

“Selain itu, ia turut menggalakk­an generasi muda untuk memahami dan menghargai muzik serta tarian tradisiona­l mereka,” katanya.

Aloysious berkata semua penyertaan mesti dihantar tidak lewat daripada 8 Julai dan mesyuarat bersama pengurus pasukan akan diadakan pada 7.30 malam hari yang sama.

Sekiranya terdapat lebih daripada lima penyertaan, pusingan awal akan diadakan untuk memilih lima pasukan terbaik untuk bersaing di peringkat akhir pada 21 Julai di Rancangan Penempatan Semula Bengoh di Penrissen, kira-kira 40 km dari Kuching.

Kumpulan yang berminat boleh menghubung­i Aloysious di talian 0128983602 untuk mendapatka­n maklumat lanjut.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia