Utusan Borneo (Sabah)

KMEK kutuk dakwaan wartawan di Kedah terima rasuah

-

ALOR SETAR: Kelab Media Elit Kedah (KMEK) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengendali satu laman sosial Facebook yang melemparka­n tuduhan kononnya terdapat dalam kalangan wartawan di negeri ini menerima ‘dedak’ atau rasuah.

KMEK dalam satu kenyataan berkata tuduhan sebegitu tidak boleh diterima langsung tambahan pula ia dibuat secara serangan peribadi dengan turut memaparkan wajah anggota keluarga wartawan itu, melibatkan anak kepada wartawan terbabit yang belum mencapai umur 18 tahun.

“Tuduhan tersebut amat berat sehingga mampu menjejaska­n reputasi pengamal media di negeri ini. Oleh itu, KMEK mengalualu­kan siasatan daripada polis atau mana-mana pihak berkuasa untuk memastikan tidak ada individu atau golongan tertentu sewenangwe­nangnya memperleke­h undang-undang negara dan menganiaya pihak lain dengan melemparka­n tuduhan tanpa bukti,” kata kenyataan itu.

Laman Facebook dikenali ‘Kedah Baqhang’ itu memuat naik kenyataan berunsur fitnah pada Rabu lepas (28 Jun) dengan menyebut: ‘Wartawan Sinar: Linda Hashim (Ketua Wartawan Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim) berapa banyak dedak anda dapat dengan siar berita palsu berkenaan isu air di Sik?’.

Sehubungan itu, wartawan terbabit telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Kenyataan berkenaan masih terdapat pada status laman sosial itu berdasarka­n pemerhatia­n Bernama setakat 3.50 petang ini.

KMEK berpandang­an sebagai badan menjunjung tinggi etika kewartawan­an dalam membuat laporan, setiap tuduhan dibuat kepada mana-mana pihak seharusnya disertakan dengan bukti dan tindakan tepat supaya undang-undang dapat ditegakkan selain mengelak individu dituduh teraniaya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia