Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat Air Terengganu bakal bina loji baharu di Kuala Nerus

-

KUALA NERUS: Syarikat Air Terengganu (SATU) akan menambah satu lagi loji air baharu di kawasan Kuala Nerus bagi memenuhi keperluan pengguna di kawasan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Air Terengganu, Atemin Sulong berkata loji yang bernilai kira-kira RM700 juta itu dijangka siap pada 2019.

“Loji itu mampu menampung kira-kira lebih 200,000 pengguna dan ketika ini ianya masih dalam peringkat untuk reka bentuk dan proses yang lain sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita, di sini harii ini.

Menurutnya sehingga kini, SATU mempunyai 11 loji air yang masih berfungsi dan kira-kira 70 tangki air di seluruh Terengganu untuk menampung keperluan penduduk dan menjangkak­an dengan adanya loji baharu itu nanti, ia mampu mengatasi masalah gangguan bekalan air di sekitar Kuala Nerus.

Katanya sepanjang musim perayaan ini juga pihaknya berjaya mengatasi permasalah­an air yang sering membelengg­u di waktu puncak terutama hari raya dengan menyediaka­n loji olahan pasang siap yang dikenali sebagai “loji pakej” di Pulau Bahagia, Kuala Terengganu.

Menerusi loji pakej, air dapat disalurkan ke kawasan sekitar dan walaupun ia agak perlahan berikutan peningkata­n pengguna, namun sekurang-kurangnya orang ramai tidak terputus bekalan untuk keperluan harian.

Atemin berkata loji pakej itu disediakan pihaknyaq dua minggu sebelum hari raya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia