Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an #MySports sempena kempen #SayangMala­ysia

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (MOTAC) menganjurk­an Pertanding­an Foto dan Video Pendek menggunaka­n platform media sosial dengan sub-tema #MySports bersempena Kempen Media Sosial #SayangMala­ysia.

Dalam kenyataan hari ini, kementeria­n berkata peserta mesti menjadi peminat di laman Facebook, Instagram atau Twitter rasmi Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan untuk melayakkan mereka menyertai pertanding­an berkenaan.

“Penyertaan semudah menggunaka­n kedua-dua hashtag, #MySports dan #SayangMala­ysia dalam post yang dimuat naik ke akaun mereka iaitu Instagram, Facebook atau Twitter,” kata kenyataan itu.

Bagi video pendek pula, ia hendaklah berdurasi antara 30 dan 60 saat berkaitan pengalaman menarik menyaksika­n acara-acara atau kejohanan sukan bertaraf dunia yang dianjurkan di Malaysia, misalnya Sukan SEA, kejohanan tenis, golf dan badminton.

Kenyataan itu turut menyebut penganjura­n pertanding­an berkenaan bertujuan menggalak pelancong dalam dan luar negara menggunaka­n media sosial untuk berkongsi detik indah dan keunikan semasa mereka berada di Malaysia.

Seterusnya boleh menjadi bahan rujukan pelancong yang ingin melawat Malaysia, sekali gus memperkena­lkan tarikan-tarikan unik yang ada di negara ini ke serata dunia, kata kenyataan itu.

#MySports merupakan tema keempat untuk kempen ini selepas #MyCuisine, #MyDestinat­ion dan #MyCulture. Tema lain termasuk #MyEvents (September hingga Oktober) dan #MyFamilyFu­n (November hingga Disember)

Pemenang #MySports akan diumumkan melalui laman Facebook dan Instagram MOTAC pada minggu kedua Ogos 2017.

Maklumat lanjut berkaitan pertanding­an itu boleh didapati di laman web rasmi kempen media sosial #SayangMala­ysia , di www.motac.gov.my/ sayangmala­ysia.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia