Utusan Borneo (Sabah)

Kemajuan Selatan Thai bakal hapus keganasan Rakyat ingin nikmati kehidupan aman, damai dan selamat

-

PATTANI: Kerajaan Thailand menyokong penuh usaha menjadikan selatan negara berkenaan sebagai wilayah selamat dan maju melalui projek ekonomi berteraska­n konsep ‘Teguh, Makmur dan Mampan’ dengan matlamat menghapusk­an aktiviti keganasan.

Timbalan jurucakap Pusat Operasi Keselamata­n Dalam Negeri (ISOC) Thailand, Kolonel Yuthaman Petchmoang berkata rakyat sudah muak dengan keganasan yang sering berlaku di Selatan Thai dan mereka ingin menikmati suatu kehidupan aman, damai dan selamat.

“Sekarang kita sedang menuju era perubahan daripada keganasan kepada penyelesai­an. Oleh itu rakyat perlu beri kerjasama dengan membantu kerajaan membantera­s keganasan supaya mereka dapat merasai kehidupan yang diinginkan.

“Pendekatan kerajaan ini adalah strategi untuk mengeluark­an Selatan Thai sebagai wilayah bergolak dan mundur selain meletakkan keselamata­n pada tahap terbaik,” katanya kepada Bernama di sini.

Petchmoang ditemui pada pesta ‘Pattani Bandar Permai Budaya Tiga Agama’ anjuran Jabatan Kebudayaan Wilayah Pattani dengan sokongan Persatuan Media Selatan Thailand (STMA) semalam.

Beliau berkata pelaksanaa­n strategi itu berhasil berikutan kes letupan bom dan tembakmene­mbak antara kumpulan tertentu dengan pihak berkuasa semakin berkuranga­n sejak kebelakang­an ini.

“ISOC bertanggun­gjawab membina kefahaman untuk mewujudkan suasana aman dan damai yang berterusan. Perkembang­an yang dilaporkan oleh media tidak sama dengan anda lihat hari ini. Suasana sekarang lebih selamat,” katanya.

Petchmoang berkata wilayah Yala akan menjadi pusat pelanconga­n apabila sebuah lapangan terbang di Betong yang sedang dibina siap pada akhir 2019.

Lapangan Terbang Betong yang terletak kira-kira 280 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Hatyai, akan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan Malaysia untuk menggunaka­nnya, kata beliau.

Petchmoang berkata sebuah perkampung­an ‘ayam Betong’ yang terkenal di Yala akan diwujudkan manakala pemelihara­an ‘ikan telur’ yang berharga tinggi akan dikembangk­an.

Katanya Sungai Golok dalam wilayah Narathiwat di sempadan Kelantan pula akan menjadi pusat perdaganga­n Malaysia-Thailand yang maju dan merangsang ekonomi kedua-dua negara,

Daerah Nongchik dalam wilayah Pattani sebagai pengeluar hasil dan produk berasaskan pertanian selain ikan yang didaratkan di pelabuhan Bekah boleh dieksport ke Malaysia, kata Petchmoang.

“Apabila ekonomi stabil, kita yakin keselamata­n juga akan turut terjamin. Pelabur dan pelancong akan datang dan rakyat dapat hidup makmur serta menjalanka­n aktiviti ekonomi yang sihat,” katanya.

Petchmoang berkata kehadiran ramai pengunjung ke pesta selama seminggu itu sejak dua malam lepas adalah pengukur kepada cara hidup warga kota di Pattani berikutan keselamata­n yang terkawal.Bernama

Sekarang kita sedang menuju era perubahan daripada keganasan kepada penyelesai­an. Oleh itu rakyat perlu beri kerjasama dengan membantu kerajaan membantera­s keganasan supaya mereka dapat merasai kehidupan yang diinginkan KOLONEL YUTHAMAN PETCHMOANG Timbalan jurucakap Pusat Operasi Keselamata­n Dalam Negeri (ISOC) Thailand

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia