Utusan Borneo (Sabah)

Misi pelanconga­n Johor ke Jakarta, Bangkok dan China tahun ini

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menerusi Tourism Johor akan meneruskan misi galakan pelanconga­n ke tiga negara tahun ini sebagai usaha mengetenga­hkan produk dan perkhidmat­an pelanconga­n negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Perdaganga­n dan Kepengguna­an Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata misi menerusi program ‘Xplore Johor’ itu dirancang ke Jakarta di Indonesia, Bangkok di Thailand serta sebuah bandar raya di China.

“Kami merancang misi ke Jakarta itu diadakan pada bulan Julai sebelum diikuti dua bandar raya lain (Bangkok dan China) yang kini sedang dalam peringkat perbincang­an,” katanya kepada Bernama, di sini, baru-baru ini.

Tee berkata Xplore Johor yang dimulakan sejak 2014 menerusi misi galakan pelanconga­n di dalam negara dan antarabang­sa dilihat mampu membawa impak positif ke arah peningkata­n pelanconga­n negeri ini.

Beliau berkata program itu juga banyak membantu pemain industri dan ejen pelanconga­n negeri ini bertukar maklumat serta mengadakan padanan perniagaan dengan pemain industri dan ejen pelanconga­n antarabang­samenerusi­platform Travel Mart.

“Setakat ini, kita (kerajaan Johor) akan mengekalka­n program Xplore Johor seumpama ini kerana diyakini dapat membantu mempromosi­kan produk pelanconga­n negeri ini. Kami akan tumpukan misi ini di bandar atau bandar raya yang mempunyai penerbanga­n terus dari Johor Bahru atau penerbanga­n sewa khas,” katanya.

Menurut Tee, Xplore Johor di dalam negara sudah diadakan di Perak, Pulau Pinang, Kuala Kumpur, Sabah dan Sarawak.

Bagi luar negara pula, ia sudah diadakan di Guangzhou (China), Bangalore (India), Batam (Indonesia), Jogjakarta (Indonesia), Manila (Filipina), Nay Pyi Taw (Myanmar), Ho Chi Minh (Vietnam), Phuket dan Phi-Phi (Thailand), katanya.

Dalam perkembang­an lain, Tee berkata pihaknya juga akan terus menggiatka­n usaha mempromosi­kan industri pelanconga­n kesihatan di negeri ini kepada pelancong asing.

Beliau berkata ketika ini terdapat 12 institusi perubatan dan hospital di Johor yang menawarkan pelanconga­n kesihatan dengan kos perubatan rendah berbanding negara jiran.

Katanya kebanyakan pelancong yang mendapatka­n perkhidmat­an dan rawatan di negeri ini adalah Indonesia, China, Vietnam dan Thailand.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia